More

    Samsung Galaxy Z Fold6 dilancar di Malaysia: SD 8 Gen 3 dan storan 1TB bermula RM7,299

    Pada jam 9 malam hari ini, Samsung melancarkan Galaxy Z Fold6 di Malaysia melalui acara Galaxy Unpacked. Telefon pintar lipat terbaru ini mengekalkan reka bentuk yang serupa dengan model terdahulu tetapi dengan beberapa peningkatan ketara.

    Galaxy Z Fold6 hadir dengan dimensi yang sedikit berbeza di mana kini ia lebih lebar sebanyak 2.7mm menjadikan lebarnya 132.6mm dengan ketinggiannya 153.5mm. Beratnya 239g memberikan keseimbangan yang baik antara ketahanan dan kebolehgunaan. Terdapat dalam tiga pilihan warna yang menarik iaitu Silver Shadow, Navy Blue dan Pink.

    Telefon pintar ini dilengkapi dengan storan sebesar 1TB dan RAM 12GB bagi memastikan prestasi yang lancar dan ruang yang mencukupi untuk menyimpan pelbagai aplikasi dan fail. Dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy, Galaxy Z Fold6 menawarkan kelajuan dan kecekapan yang dipertingkatkan. Selain itu, ia juga mempunyai ruang penyejukan yang 1.6 kali lebih besar, membantu mengurangkan suhu ketika digunakan secara intensif.

    Samsung Galaxy Z Fold6 dilengkapi dengan pelbagai ciri pintar yang direka untuk meningkatkan produktiviti dan kemudahan pengguna:

    • Transcript Assist: Membantu dalam transkripsi audio kepada teks secara real-time.
    • I Stand Translation atau Overlay Translation: Ciri ini membolehkan pengguna mencari terjemahan secara langsung dengan melingkari teks yang ingin diterjemahkan.
    • Math Solver: Membantu menyelesaikan masalah matematik dengan hanya mengambil gambar soalan.
    • Portrait Studios: Mengubah gambar biasa menjadi gambar potret berkualiti tinggi.
    • Air Command: Membolehkan pengguna melakar gambar secara terus pada skrin.
    • Interpreter: Mempunyai mod pendengaran dan mod perbualan untuk membantu dalam terjemahan bahasa secara langsung.
    • Live Translate: Menyokong terjemahan langsung dengan aplikasi pihak ketiga.
    • Composer: Membantu dalam perbualan chat dengan cadangan teks yang pintar.

    Dengan pelancaran ini, Samsung terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran telefon pintar lipat dengan menawarkan teknologi canggih dan ciri-ciri yang memudahkan kehidupan seharian. Berikut adalah spesifikasi ringkas Samsung Galaxy Z Fold6:

    • Cipset Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy
    • Skrin utama: Dynamic AMOLED 2X QXGA+ 7.6 inci
    • Skrin penutup: Dynamic AMOLED 2X HD+ 6.3 inci
    • Kamera swafoto 10MP di skrin penutup
    • Kamera swafoto 4MP pada skrin utama
    • Kamera belakang: Kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 12MP dan kamera telefoto 10MP
    • RAM 12GB dan storan 256GB/ 512GB dan 1TB
    • Dwi bateri 4,400mAh dengan pengecasan 25W
    • Penarafan kalis air 1P48
    • Sistem operasi: One UI 6.1.1 berdasarkan Android 14
    • Warna: Silver Shadow, Navy Blue dan Pink

    Mulai hari ini, 10 Julai 2024, Samsung Galaxy Z Fold6, Galaxy Z Flip6 dan Galaxy Buds3 boleh di pra-tempah dengan ketersediaan umum bermula pada 24 Julai 2024. Semasa tempoh pra-tempah, Samsung Care+ akan disertakan secara percuma selama satu tahun yang menawarkan perlindungan sijil terhadap kerosakan tidak sengaja.

    Anda boleh tukar peranti semasa anda dan nikmati potongan tambahan RM500 serta tebus ganjaran pra-daftar anda dengan e-baucar sehingga RM500. Selain itu, nikmati diskaun 20% untuk Galaxy Watch Ultra apabila membeli Samsung Galaxy Z Fold6 atau Z Flip6. Varian Galaxy Z Fold6 12GB+256GB berharga RM7,299 manakala varian 12GB+512GB membawa harga RM7,899 dan varian tertinggi 12GB+1TB berharga RM9,099.

    Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk ini, lawati Samsung Newsroom, Samsungmobilepress.com,  atau Samsung.com.  Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...