More

    Samsung Galaxy Z Flip6 dilancar di Malaysia: SD 8 Gen 3 dan bateri 4,000mAh bermula RM4,999

    Hari ini, Samsung memperkenalkan Galaxy Z Flip6 semasa acara Galaxy Unpacked di mana telefon pintar lipat terbaru ini mengekalkan reka bentuk yang hampir sama dengan pendahulunya tetapi hadir dengan beberapa peningkatan dan ciri-ciri yang menarik.

    Galaxy Z Flip6 kini menampilkan reka bentuk cincin kamera baharu yang tersedia dalam warna biru, kuning, Mint dan Silver Shadow. Reka bentuk ini bukan sahaja memberikan telefon ini penampilan yang lebih segar tetapi juga lebih estetik. Pengguna juga boleh menikmati kertas dinding (wallpaper) yang lebih nyata serta penyesuaian yang mudah untuk disesuaikan dengan gaya peribadi mereka.

    Telefon pintar ini dilengkapi dengan beberapa ciri pintar yang ditingkatkan termasuk balasan yang disyorkan pada skrin penutup menggunakan kecerdasan buatan (AI), mod perbualan jurubahasa dan pelbagai widget pada skrin penutup. Kamera Galaxy Z Flip6 pula terdiri daripada kamera lebar 50MP dan kamera ultra lebar 12MP.

    Dengan ciri AI Portraits dan Auto Zoom serta kemampuan untuk merakam Instagram Stories dalam keadaan cahaya rendah, pengguna dapat mengambil gambar dan video berkualiti tinggi dengan mudah. Terdapat juga mod camcorder zoom untuk penggambaran video yang lebih dinamik.

    Galaxy Z Flip6 kini dilengkapi dengan ruang penyejukan wap yang 150% lebih besar berbanding S23 Ultra yang membantu mengawal suhu peranti semasa digunakan. Kapasiti bateri juga ditingkatkan kepada 4,000mAh daripada 3,700mAh memberikan masa penggunaan yang lebih lama.

    Galaxy Z Flip6 menawarkan RAM 12GB dan storan sehingga 512GB memberikan ruang dan kelajuan yang mencukupi untuk pelbagai aplikasi dan fail. Dikuasakan oleh OneUI6 dan mempunyai penarafan kalis air IP48, telefon pintar ini adalah pilihan yang sesuai untuk mereka yang mencari gabungan gaya, prestasi dan ketahanan.

    Telefon ini juga dilengkapi dengan engsel dual rail yang direka untuk mengagihkan kejutan dengan lebih baik dan meningkatkan ketahanan tekanan. Selain itu, penggunaan Corning Gorilla Glass Victus 2 membantu mengurangkan kesan lipatan pada skrin. Berikut adalah spesifikasi ringkas Samsung Galaxy Z Flip6:

    • Cipset Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy
    • RAM 12GB dan storan 256GB / RAM 12GB dan storan 512GB
    • Skrin penutup: Super AMOLED FlexWindow 3.4 inci
    • Skrin utama: Dynamic AMOLED 2X FHD+ 6.7 inci dengan kadar segar semula 120Hz
    • Kamera belakang: Kamera lebar 50MP dan kamera ultra lebar 12MP
    • Kamera swafoto 10MP
    • Bateri 4,000mAh dengan pengecasan 25W
    • Penarafan kalis air IP48
    • Keselamatan: Samsung Knox with Samsung Knox Vault
    • Warna: Biru, kuning, Mint dan Silver Shadow

    Mulai hari ini, 10 Julai 2024, Samsung Galaxy Z Fold6, Galaxy Z Flip6 dan Galaxy Buds3 boleh di pra-tempah dengan ketersediaan umum bermula pada 24 Julai 2024. Warna eksklusif seperti Crafted Black, White dan Peach untuk Galaxy Z Flip6 boleh ditempah secara atas talian di Samsung.com. Semasa tempoh pra-order, Samsung Care+ akan disertakan secara percuma selama satu tahun, menawarkan perlindungan sijil terhadap kerosakan tidak sengaja.

    "
    "

    Anda boleh tukar peranti semasa anda dan nikmati potongan tambahan RM500 serta tebus ganjaran pra-daftar anda dengan e-baucar sehingga RM500. Selain itu, nikmati diskaun 20% untuk Galaxy Watch Ultra apabila membeli Samsung Galaxy Z Fold6 atau Z Flip6. Varian Galaxy Z Flip6 12GB+256GB berharga RM4,999 manakala varian 12GB+512GB membawa harga RM5,599.

    Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk ini, lawati Samsung Newsroom, Samsungmobilepress.com, atau Samsung.com.Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...