Site icon TechNave BM

DxOMark: iPhone 15 Pro Max raja kamera swafoto

Laman rasmi DxOMark telah mengemas kini kedudukan telefon pintar terbaik untuk mengambil swafoto dan meletakkan iPhone 15 Pro Max di tempat pertama dengan menerima 149 mata. Ini adalah 4 mata lebih tinggi daripada iPhone 14 Pro Max, iPhone 14 Pro dan HUAWEI Mate 50 Pro yang dinilai pada 145 mata.

iPhone 15 Pro Max mendapat 145 mata untuk fotografi dan 156 mata untuk video. DxOMark berkata kamera swafoto iPhone 15 Pro Max telah bertambah baik dengan ketara berbanding generasi sebelumnya terutamanya dari segi pendedahan (exposure), fokus dan latar belakang kabur.

iPhone 15 Pro Max mencapai hasil yang lebih baik dengan pendedahan yang tepat dan julat dinamik yang luas dalam foto serta video. Dalam pemandangan yang sangat terang, perincian dalam foto dan video adalah sangat baik. DxOMark mengaitkan prestasi iPhone 15 Pro Max adalah berdasarkan cip A17 Pro baharu dan pemproses isyarat imej (ISP).

Tidak kira sama ada ketika bergerak atau statik, iPhone 15 Pro Max menunjukkan penstabilan yang sangat baik dan mengaburkan latar belakang dengan tepat. Namun, pada masa yang sama, noise yang terhasil kadangkala muncul pada iPhone 15 Pro Max.

Dalam kedudukan telefon kamera terbaik, iPhone 15 Pro Max memperoleh 154 mata berada di belakang HUAWEI P60 Pro dengan 156 mata. Beritahu kami di Facebook pendapat anda tentang raja kamera swafoto ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: DxOMark

Exit mobile version