Site icon TechNave BM

Google Pixel 5 akan mula dijual pada 15 Oktober, Pixel 4a 5G pada bulan November

Sebelum ini, Google telah memberitahu bahawa mereka akan mengumumkan peranti flagship terbaru mereka iaitu Google Pixel 5 bersama Pixel 4a 5G di acara khas mereka pada 30 September ini.

Kini, sumber terbaru menyatakan tarikh pra pesanan untuk kedua-dua peranti Pixel 5 dan Pixel 4a 5G akan bermula pada hari yang sama diumumkan iaitu 30 September ini.

Namun, Pixel 5 akan hanya memasuki pasaran pada 15 Oktober ini manakala Pixel 4a 5G akan memasuki pasaran seawal bulan November. Berdasarkan sumber, warna hitam ‘Just Black’ untuk Pixel 4a 5G akan tersedia pada 19 November manakala warna putih ‘Clearly White’ untuk Pixel 4a 5G mungkin akan ditangguhkan sehingga ke tahun hadapan.

Sumber terbaru juga menyatakan bahawa harga telefon Pixel 5 ini akan dijual pada $699 (~RM2916) dan pixel 4a 5G pada $499 (~RM2082).

Lihat artikel ini untuk spesifikasi penuh Pixel 4a 5G dan Pixel 5 yang sudah tertiris.

Bagaimana dengan berita yang kurang baik bagi peminat peranti Google ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version