More

    Spesifikasi Pixel 4a 5G bocor, bateri 4,885 mAh dengan cipset Snapdragon 765G

    Beberapa minggu yang lepas, Google telah melancarkan telefon kelas pertengahannya iaitu Pixel 4a. Kini, Google sedang bersiap sedia pula untuk melancarkan Pixel 4a versi 5G dan juga telefon flagship barunya, Pixel 5.

    Sumber terkini menyatakan bahawa Pixel 4a 5G ini akan hadir dengan skrin 6.2 inci OLED dengan sokongan HDR serta perlindungan Corning Gorilla. Namun, skrinnya dikatakan mempunyai kadar segar semula 60Hz sahaja.

    Pixel 4a 5G ini juga masih akan kekalkan bicu audio 3.5mm serta binaan plastik jenis polikarbonat sama seperti versi Pixel 4a yang biasa. Ia akan dilengkapi dengan bateri yang besar iaitu 4,885mAh dengan pengecasan pantas 18W serta sokongan cas wayarles.

    Untuk cipset pula, ia akan menggunakan cipset Snapdragon 765G dengan RAM 6GB serta storan 128GB. Ini adalah cipset sama yang bakal digunakan pada telefon flagship Pixel 5.

    Tambahan lagi, Pixel 4a 5G ini dikatakan akan hadir dengan kamera swafoto 8MP pada bahagian hadapan dan kamera utama 12.2MP dengan penstabilan optikal serta lensa ultra lebar 16MP pada bahagian belakang. Kamera utama telefon ini mampu untuk merakam kualiti video sehingga 4K 60fps dan 1080p 30fps dengan kamera swafotonya.

    Lihat artikel ini untuk spesifikasi Pixel 5 yang telah tertiris juga.

    Bagaimana dengan spesifikasi Pixel 4a 5G ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizchina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...