Site icon TechNave BM

Harga realme C67 diturunkan sebanyak RM100, kini bermula RM729

Jika anda sedang mencari telefon pintar yang mampu milik, anda kini boleh pertimbangkan realme C67 yang mengalami penurunan harga sehingga RM100.

realme C67 kini berharga RM729 sahaja untuk varian 8GB+128GB (harga asal RM799) serta RM799 untuk varian 8GB+256GB (harga asal RM899). Sebelum ini, realme C67 telah dilancar pada bulan Januari lalu sebagai telefon pertama realme untuk pasaran Malaysia pada tahun 2024.

Antara spesifikasi menarik pada telefon mampu milik ini adalah cipset Qualcomm Snapdragon 685, kamera utama 108MP dengan sensor in-zoom 3x, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas SUPERVOOC 33W. Skrinnya mempunyai fungsi Mini Capsule 2.0 yang boleh memaparkan pelbagai status telefon di sekeliling kamera swafoto, mirip Dynamic Island dalam iPhone.

Jika anda berminat dengan realme C67, jangan lupa untuk baca ulasan kami terlebih dahulu, di mana kami amat menggemari fungsi yang ditawarkan dalam telefon ini, sepadan dengan jumlahnya.

Layari laman web realme Malaysia untuk maklumat lanjut mengenainya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version