Site icon TechNave BM

HONOR 10X dinamakan semula kepada HONOR X10

Presiden HONOR, Zhao Ming, hari ini menyatakan bahawa telefon seterusnya dalam siri HONOR X tidak akan dinamakan HONOR 10X tetapi telah ditukar kepada HONOR X10. Beliau turut mengatakan telefon itu akan dilengkapi kebolehan 5G.

Beliau tidak memberi sebab penukaran nama tersebut, namun ia dipercayai kerana HONOR tidak mahu produk itu dikelirukan dengan Redmi 10X 4G yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Siri HONOR X merupakan antara siri telefon pintar kelas pertengahan yang amat laris di seluruh dunia, di mana siri HONOR 9X yang dilancarkan pada tahun lepas sudah pun mencapai 10 juta jualan di China. Jika anda berminat, anda boleh membaca ulasan kami untuk HONOR 9X dan HONOR 9X Pro.

HONOR X10 dijangkakan akan diumumkan pada bulan Mei. Menurut khabar angin, ia akan dilengkapi cipset Kirin 820 5G, skrin IPS LCD 6.63 inci dengan kadar segar semula 120Hz, bateri 4,200mAh dan pengecasan pantas 22.5W.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HONOR X10 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version