Site icon TechNave BM

HUAWEI atasi Samsung dalam pasaran telefon boleh lipat di dunia

HUAWEI telah mengatasi Samsung untuk menjadi jenama telefon pintar boleh lipat paling laris di dunia pada suku pertama 2024. Ini adalah kali pertama HUAWEI di tempt teratas dalam segmen telefon boleh lipat walaupun berdepan sekatan AS.

Menurut firma penyelidikan Counterpoint, penghantaran telefon pintar boleh lipat HUAWEI melonjak sebanyak 257% tahun ke tahun dalam tiga bulan pertama tahun ini. Berbeza dengan Samsung, pasaran mereka menurun daripada 58% pada Q1 2023 kepada 23% pada Q1 2024. Ini berlangsung ketika jumlah penghantaran telefon pintar boleh lipat global meningkat sebanyak 49%.

Faktor utama kejayaan HUAWEI dalam pasaran boleh lipat ialah tumpuannya pada model 5G. Pada bulan Mac, 84% daripada penghantaran telefon boleh lipat HUAWEI adalah 5G berbanding tiada dalam tempoh yang sama tahun lepas. Counterpoint berkata model boleh lipat popular HUAWEI ialah Mate X5 dan Pocket 2.

Kebanyakan jualan HUAWEI datang dari China walaupun peranti boleh lipatnya tersedia di wilayah seperti Timur Tengah. Samsung sebaliknya, lambat untuk menginovasi barisan boleh lipatnya yang mungkin menjelaskan kemerosotannya dalam pasaran.

Motorola menunjukkan prestasi yang sangat baik dalam segmen ini dengan pertumbuhan lebih 1473% berbanding Q1 2023 menjadikannya jenama boleh lipat keempat terbesar dengan bahagian pasaran sebanyak 11%.

Razr 40 menjadi model teratas di Amerika Utara menurut firma penyelidikan itu. HONOR memegang bahagian pasaran yang lebih tinggi sedikit pada 12% meletakkannya di kedudukan ketiga. HONOR Magic V2 ialah telefon boleh lipat yang paling banyak dihantar di Eropah Barat pada Q1 2024.

Pada Q1 2024, boleh lipat jenis buku menyumbang 55% untuk penghantaran global mengatasi boleh lipat jenis kulit kerang buat kali pertama sejak 2021. Samsung kini sedang bersiap untuk pelancaran Galaxy Z Fold6 dan Flip6 . Ia akan menjadi menarik untuk melihat sama ada Samsung berjaya bangkit semula dan menuntut semula takhtanya.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Counterpoint

Exit mobile version