More

    Motorola Razr 40 dan Razr 40 Ultra dilancar: SD 8+ Gen 1, skrin penutup 3.6″ bermula ~RM2,589

    Selepas berbulan-bulan mendenggar khabar angin dan pengacah, Motorola akhirnya mengumumkan telefon boleh lipat Razr 40 dan Razr 40 Ultra. Razr 40 Ultra mempunyai paparan penutup 3.6 inci dan cipset Snapdragon 8+ Gen 1. Razr 40 pula menggunakan Snapdragon 7 Gen 1 dan skrin penutup 1.5 inci.

    Ciri utama Moto Razr 40 Ultra ialah paparan luarannya 3.6 inci di mana ia merupakan skrin penutup terbesar untuk telefon boleh lipat berbentuk cangkerang dan menampilkan panel AMOLED 10-bit dengan resolusi 1066 x 1056 piksel, kadar penyegaran 144Hz dan Gorilla Glass Victus untuk perlindungan.

    Skrin pada penutup boleh menonton video YouTube, butiran navigasi dalam Peta Google, balas e-mel tanpa membuka skrin utama. Razr 40 Ultra menampilkan paparan utama FHD+ LTPO AMOLED 6.69 inci dengan kadar penyegaran 165hz, sokongan HDR10+ dan kecerahan puncak 1,400 nits.

    Panel Ultra-Thin Glass (UTG) mempunyai perlindungan lima lapisan dan tiada jurang apabila ditutup kerana bentuk struktur engsel titisan air mata. Terdapat kamera swafoto 32MP dan pengimbas cap jari yang dipasang di sisi. Bingkai pada Razr 40 Ultra diperbuat daripada aluminium 7000-series manakala bahagian belakang menampilkan Gorilla Glass Victus.

    Razr 40 Ultra hanya 6.99mm nipis apabila dibuka dan 15.1mm dalam keadaan terlipat dengan berat 188 gram. Telefon ini juga mempunyai penarafan kalis air IP52. Terdapat kamera utama 12MP (f/1.5, 1.4μm piksel) dengan OIS dan kamera ultralebar 13MP (f/2.2, piksel 1.12μm) yang juga berfungsi sebagai kamera makro.

    Razr 40 Ultra menggunakan Moto MyUX berdasarkan Android 13. Motorola menjanjikan 3 kemas kini OS. Razr 40 Ultra menampilkan bateri 3,800 mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 30W dan pengecasan tanpa wayar sehingga 5W. Ia datang dalam warna Infinite Black, Glacier Blue dan Viva Magenta.

    Razr 40 juga mempunyai skrin LTPO AMOLED 6.9 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar penyegaran 144Hz. Skrin penutup berukuran 1.5 inci beresolusi 194 x 368 piksel dan menawarkan pemberitahuan asas serta boleh berfungsi sebagai pemidang tilik untuk kamera.

    Razr 40 mengekalkan bingkai aluminium 7000-siri serta penarafan kalis air IP52 dengan ukuran 7.35mm dibuka dan 15.8mm jika dilipat. Terdapat kamera utama 64MP (f/1.7, 0.7μm piksel) dengan OIS bersama ultralebar 13MP (f/2.2, 1.12μm piksel). Bahagian hadapan terdapat kamera swafoto 32MP.

    "
    "

    Razr 40 dilengkapi Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1, RAM 8/12GB dan storan UFS 2.2 128/256GB. Baterinya berkapasiti 4,200 mAh dengan pengecasan pantas berwayar 30W yang sama dan pengecasan tanpa wayar sehingga 5W. Moto Razr 40 pula berharga CNY 3,999 (~RM2,589) untuk model 8/128GB dan CNY 4,699 (~RM3,042) untuk model 12/256GB.

    Harga Razr 40 Ultra bermula pada CNY 5,699 (~RM3,690) untuk model 8/256GB dan CNY 6,399 (~RM4,143) untuk model 12/512GB. Namun, Motorola masih belum mendedahkan ketersediaanya untuk pasaran Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...