Site icon TechNave BM

HUAWEI P50 mungkin akan dilancar pada 29 Julai

HUAWEI P50 adalah antara telefon pintar andalan yang paling dinanti pada tahun ini dan kini HUAWEI dilapor telah pun mengesahkan tarikh pelancarannya iaitu pada hari Khamis, 29 Julai. Pelancaran tersebut akan menyaksikan HUAWEI P50 varian standard sahaja, tanpa HUAWEI P50 Pro atau HUAWEI P50 Pro+.

HUAWEI P50 mungkin bakal menjadi telefon pertama dalam dunia yang dilengkapi cipset Snapdragon 888 versi 4G. Sebelum ini, HUAWEI dilaporkan terpaksa menggunakan cipset Snapdragon 888 kerana bekalan cipset Kirin 9000 5G tidak mencukupi untuk dilengkapkan dalam semua varian HUAWEI P50.

Versi Snapdragon 888 4G pula digunakan kerana sekatan dagangan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap HUAWEI melarang penggunaan komponen 5G yang datang daripada syarikat dalam negara tersebut. HUAWEI P50 telah pun disahkan pada bulan Jun lalu namun masih belum dilancar secara rasmi.

Varian lain untuk HUAWEI P50 pula dijangka akan dilancar pada bulan Ogos. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HUAWEI P50 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MyDrivers

Exit mobile version