Site icon TechNave BM

Imej janaan dan spesifikasi Xiaomi 11T Pro tertiris, miliki SD 888, FHD+ OLED serta kamera 108MP

Selepas mendapatkan pengesahan daripada Federal Communications Commission (FCC), muncul maklumat baharu mengenai spesifikasi dan imej janaan yang tertiris di internet tentang Xiaomi 11T Pro.

Menurut sumber, Xiaomi 11T Pro bakal dilengkapi cipset Snapdragon 888, panel skrin FHD+ OLED, kapasiti bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W dan pengimbas cap jari di bahagian sisi.

Selain itu, bahagian belakangnya terdapat tiga kamera yang mana kamera utamanya mempunyai sensor 108MP. Kami masih belum menerima maklumat rasmi mengenai pelancarannya. Namun, ia mungkin dilancarkan 15 September ini.

Pada tahun lalu, Xiaomi Mi 10T telah dilancar pada bulan September secara antarabangsa dan bulan Oktober untuk pasaran Malaysia, jadi kita boleh jangkakan Mi 11T untuk dilancar dalam masa terdekat pada tahun ini. Mi 10T menawarkan spesifikasi andalan namun dijual pada harga yang lebih mampu milik dan Mi 11T mungkin akan meneruskan trend itu.

Adakah anda berminat dengan telefon ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechNaveEN

Exit mobile version