More

    Xiaomi Mi 11T disahkan oleh FCC, reka bentuk belakang tertiris

    Pada beberapa hari lalu, sebuah peranti Xiaomi dengan nombor model 20181111RG telah dikesan di pensijilan Federal Communications Commission (FCC). Peranti ini dikhabarkan adalah Xiaomi Mi 11T yang mungkin dilancarkan pada masa terdekat.

    Penyenaraian FCC tersebut menunjukkan bahawa peranti ini menyokong jaringan 5G dan NFC. Ia juga dilihat menggunakan antara muka MIUI 12.5 atas Android 11.

    Gambar di bawah menunjukkan reka bentuk belakang peranti 20181111RG yang tertera di dokumen FCC. Ia hadir dengan modul kamera yang lebih besar berbanding generasi lalunya.

    Untuk spesifikasi lain pula, Mi 11T dikhabarkan akan menggunakan skrin OLED yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Ia mungkin akan dikuasai oleh cipset Dimensity 1200 bersama kamera utama 64MP. Terdapat sumber yang menyatakan peranti ini adalah penjenamaan semula Redmi K40S atau K40 Ultra.

    Manakala Mi 11T Pro pula dijangka hadir dengan skrin OLED 120Hz, cipset Snapdragon 888 dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W. Untuk fotografi, ia mungkin menawarkan kamera utama 108MP.

    Xiaomi bakal mengadakan acara pelancaran pada 15 September ini dimana mereka bakal perkenalkan siri Mi 11T dan Mi Pad 5 untuk pasaran global.

    Adakah anda berminat dengan telefon ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured