Site icon TechNave BM

iQOO 12 5G akan dilancar di Malaysia sebagai telefon SD 8 Gen 3 pertama

Selepas siri telefon pintar andalan iQOO 12 5G diperkenalkan buat kali pertama di China pada awal bulan ini, kini vivo Malaysia mengesahkan bahawa iQOO 12 5G akan dilancarkan dalam pasaran Malaysia pada masa terdekat.

Ini bakal menjadikan iQOO 12 5G sebagai telefon pertama dalam pasaran Malaysia yang dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 3, iaitu cipset tercanggih oleh Qualcomm setakat ini. Mereka mengulangi trend sama pada tahun lepas, di mana iQOO 11 5G merupakan telefon pertama di Malaysia yang dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 2.

Selain cipset tersebut, iQOO 12 5G turut dilengkapi skrin AMOLED dengan kadar segar semula sepantas 144Hz, kadar pengecasan pantas 120W, bateri 5,100mAh serta kamera 50MP+64MP+50MP. Rekaan luarannya masih mengekalkan corak BMW Motorsport dan ia turut mempunyai rating kalis air IP68.

Tarikh pelancarannya akan disahkan kelak. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri iQOO 12 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version