Site icon TechNave BM

iQOO 12 bakal terima 3 kemas kini Android dan ‘Hot Apps’, ‘Hot Games’ dialih keluar

iQOO bersedia untuk melancarkan secara global telefon perdananya yang akan datang iaitu iQOO 12 pada 12 Disember ini. iQOO 12 menjadi antara telefon terawal yang dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 3 dan akan berjalan pada Funtouch OS 14 berdasarkan Android 14.

Dalam siaran baru-baru ini di X, Ketua Pegawai Eksekutif iQOO India, Nipun Marya mengesahkan bahawa peranti yang akan datang akan mendapat 3 tahun kemas kini Android dan 4 tahun kemas kini keselamatan. Ini adalah satu langkah daripada dasar kemas kini semasa yang memberikan 2 kemas kini OS dan 3 tahun kemas kini keselamatan.

Selain itu, iQOO juga sedang mengalih keluar ‘Hot Games’ dan ‘Hot Apps’ daripada skrin utama iQOO 12. ‘Hot Games’ dan ‘Hot Apps’ ialah folder pada skrin utama telefon yang bertindak sebagai pintasan untuk memasang aplikasi dan permainan daripada gedung aplikasi pengeluar sendiri.

Walau bagaimanapun, masih tidak jelas sama ada penyingkiran Hot Apps dan Hot Games akan dihadkan kepada iQOO 12 atau semua peranti yang akan mendapat kemas kini Funtouch OS 14. Peranti ini juga akan mendapat cip Supercomputing Q1 yang dibangunkan sendiri yang mampu mencapai 144 fps.

Untuk pengetahuan, iQOO 12 kini telah muncul pada pesijilan SIRIM Malaysia mungkin dilancarkan tidak lama lagi. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version