Site icon TechNave BM

Jom dapatkan diskaun sehingga RM400 untuk Samsung Galaxy Z Fold5, Z Flip5, Watch6 dan Tab S9!

Dalam acara Galaxy Unpacked yang dianjurkan di Seoul, Korea Selatan semalam, Samsung telah melancarkan beberapa peranti mudah alih yang baharu iaitu telefon lipat Samsung Galaxy Z Flip5 dan Samsung Galaxy Z Fold5, jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch6 Series dan tablet Samsung Galaxy Tab S9 Series.

Anda boleh baca artikel pelancaran untuk setiap peranti tersebut untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya. Namun bukan itu sahaja, kami ada satu kejutan khas untuk anda semua.

Istimewa untuk para pembaca TechNave sekalian, anda boleh dapatkan diskaun sehingga RM400 untuk semua produk di atas apabila anda membelinya daripada laman web Samsung Malaysia. Anda hanya perlu taipkan kod promosi TNCGALAXY sewaktu anda ingin membuat pembayaran, kemudian anda akan menerima diskaun tersebut serta-merta.

Perlu diingati bahawa diskaun ini hanya layak didapati oleh 150 pelanggan terawal, jadi jangan bertangguh lagi jika anda merancang untuk membeli mana-mana produk Samsung baharu ini!

Berikut adalah maklumat penuh mengenai nilai diskaun yang ditawarkan dalam promosi ini:

Kami berharap promosi istimewa ini akan membantu anda memiliki peranti Samsung tercanggih dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli mana-mana peranti di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version