More

    Siri Samsung Galaxy Watch6 dilancar di Malaysia: Sensor ECG dan kawalan kamera bermula RM1,099

    Selain telefon lipat Samsung Galaxy Z Flip5 dan Fold5, syarikat itu turut melancarkan jam tangan pintar siri Galaxy Watch6 yang terdiri daripada Watch6 standard dan Watch6 Classic. Siri Galaxy Watch6 memuatkan ciri kesihatan dalam reka bentuk anggun dengan bezel yang lebih nipis, paparan yang lebih besar dan antaramuka pengguna yang lebih interaktif.

    Bermula dengan Galaxy Watch6, ia mempunyai dua saiz iaitu 44mm (1.5 inci) dan 40mm (1.3 inci). Kedua-duanya menggunakan perkakasan armor aluminium di bahagian keliling dan kristal nilam dengan sokongan Super AMOLED untuk skrin hadapan. untuk prestasi penggunaan yang lebih baik, jam pintar ini menggunakan cipset Exynos W390 Dual-Core 1.4Ghz.

    Jam pintar ini mempunyai memori 2GB + storan 16GB cukup untuk prestasi harian anda. Ia boleh bertahan sehingga 40 jam tanpa skrin-sentiasa-hidup (always-on-display) dan 30 jam untuk skrin sentiasa hidup. Setiap saiz membawa kapasiti berbeza di mana 44mm membawa bateri 425mAh manakala 40mm membawa 300mAh.

    Kali ini, ia menawarkan sensor kesihatan termasuk Samsung BioActive Sensor baharu (Kadar Jantung Optik + Isyarat Jantung Elektrik + Analisis Impedans Bioelektrik) dan sensor terdahulu seperti Suhu, Accelerometer, Barometer, Sensor Gyro, Sensor Geomagnet dan sensor cahaya. Ia juga memberi kawalan kamera setelah disambungkan kepada telefon pintar anda Samsung Galaxy Z anda.

    Spesifikasi lain yang anda boleh dapati dalam Watch6 adalah sistem operasi Wear OS 4, One UI 5 Watch, sambungan Bluetooth 5.3 dan Wi-Fi, kalis air 5ATM dan IP68 serta serasi pada Android 10 dengan memori 1.5GB dan ke atas. Kemudian, talinya boleh ditanggalkan dengan lebih mudah dengan satu klik di bahagian belakang.

    Galaxy Watch6 Classic tidak mempunyai banyak beza dan kebanyakan spesifikasinya adalah sama. Perbezaan ketara yang boleh anda dapati adalah saiznya yang lebih besar tersedia dalam dua varian iaitu 47mm (1.5 inci) dan 43mm (1.3inci). Ia hanya mempunyai satu lagi tambahan sensor iaitu 3D Hall sekiranya anda tidak menatal skrin jam pintar. Sensor ini juga boleh didapati pada model tahun lepas, Galaxy Watch5 Pro.

    Namun, siri ini akan tiba di Malaysia pada 18 Ogos 2023 sekiranya anda ingin mencuba secara fizikal. Anda juga boleh membuat pra-tempah siri Galaxy Watch6 bermula hari ini hingga 17 Ogos 2023 serta nikmati hadiah percuma dan istimewa tukar beli sehingga RM300. Berikut adalah varian saiz, harga dan warna yang ditawarkan untuk siri Galaxy Watch6 :

    Khas untuk para pembaca TechNave, anda boleh dapatkan diskaun sehingga RM100 apabila anda membeli siri Galaxy Watch6 daripada laman web Samsung Malaysia. Anda hanya perlu masukkan kod TNCGALAXY apabila anda ingin membuat pembayaran, kemudian anda akan menerima diskaun tersebut serta-merta. Ia hanya terhad kepada 150 pelanggan awal sahaja, jadi jangan bertangguh lagi jika anda inginkan diskaun menarik ini!

    "
    "

    Adakah anda berminat dengan siri Galaxy Watch6? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured