Site icon TechNave BM

Kajian Counterpoint: iPhone 15 merupakan telefon pintar terlaris di dunia

Menurut kajian pasaran Counterpoint, iPhone 15 menjadi telefon pintar paling laris di dunia pada suku ketiga tahun ini diikuti oleh model iPhone 15 Pro Max dan 15 Pro. Namun, Samsung menduduki lebih banyak tempat dalam senarai 10 teratas dengan kebanyakan tempat diisi oleh siri Galaxy A bajet. Galaxy S24 berada di tempat ke-10, kalah kepada Xiaomi Redmi 13C.

Secara keseluruhan, 10 telefon pintar ini menyumbang 19% daripada jumlah jualan pada suku ketiga. Terdapat peralihan jelas dalam permintaan pengguna yang kini lebih cenderung kepada telefon pintar berkelas tinggi termasuk dalam pasaran berkembang.

Tawaran trade-in yang menarik dan skim pembiayaan tempatan membantu iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max mencatatkan pertumbuhan yang ketara dalam pasaran tersebut. Galaxy S24 pula menjadi telefon Galaxy S pertama sejak 2018 yang memasuki 10 terbaik pada suku ketiga.

Redmi 13C dari Xiaomi pula berjaya mencuri perhatian dengan menawarkan spesifikasi lebih baik berbanding pesaing dalam segmennya, meneruskan kejayaan model sebelumnya, Redmi 12C. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Counterpoint

Exit mobile version