Site icon TechNave BM

Kompilasi pelancaran telefon pintar di Malaysia pada April 2024: Telefon “Flip” dan “mid-range” baharu!

Meskipun kita sibuk dengan sambutan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri pada bulan April lalu, itu tidak bermaksud industri telefon pintar tempatan turut mendiamkan diri. Kami menyaksikan pelbagai kategori telefon dilancar sepanjang bulan lepas, termasuklah telefon lipat gaya Flip pertama oleh nubia.

Selain itu, jenama-jenama arus perdana seperti realme, HUAWEI, HONOR dan OPPO pula meneruskan trend mereka dalam melancarkan telefon kelas pertengahan dan telefon mampu milik. Untuk mengimbas kembali telefon yang dilancar sepanjang bulan lalu, anda boleh lihat senarai di bawah:

vivo Y03

nubia Z60 Ultra

realme Note 50

nubia Flip 5G

HUAWEI nova 12i

nubia Neo 2 5G

HONOR X7b 5G

OPPO A60

Telefon manakah yang menarik minat anda? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version