More

    Kompilasi pelancaran telefon pintar di Malaysia pada April 2024: Telefon “Flip” dan “mid-range” baharu!

    Meskipun kita sibuk dengan sambutan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri pada bulan April lalu, itu tidak bermaksud industri telefon pintar tempatan turut mendiamkan diri. Kami menyaksikan pelbagai kategori telefon dilancar sepanjang bulan lepas, termasuklah telefon lipat gaya Flip pertama oleh nubia.

    Selain itu, jenama-jenama arus perdana seperti realme, HUAWEI, HONOR dan OPPO pula meneruskan trend mereka dalam melancarkan telefon kelas pertengahan dan telefon mampu milik. Untuk mengimbas kembali telefon yang dilancar sepanjang bulan lalu, anda boleh lihat senarai di bawah:

    vivo Y03

    • Tarikh pelancaran: 2 April 2024
    • Harga bermula: RM399
    • Kategori: Mampu milik
    • Artikel pelancaran

    nubia Z60 Ultra

    • Tarikh pelancaran: 3 April 2024
    • Harga bermula: RM3,799
    • Kategori: Andalan (flagship) khas untuk gaming
    • Artikel pelancaran

    realme Note 50

    • Tarikh pelancaran: 4 April 2024
    • Harga bermula: RM349 (4GB+64GB), RM399 (4GB+128GB)
    • Kategori: Mampu milik
    • Artikel pelancaran

    nubia Flip 5G

    • Tarikh pelancaran: 9 April 2024
    • Harga bermula: RM3,999
    • Kategori: Telefon lipat gaya clamshell
    • Artikel pelancaran

    HUAWEI nova 12i

    • Tarikh pelancaran: 19 April 2024
    • Harga bermula: RM1,299
    • Kategori: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    nubia Neo 2 5G

    • Tarikh pelancaran: 22 April 2024
    • Harga bermula: RM999
    • Kategori: Mampu milik, dengan fokus untuk gaming
    • Artikel pelancaran

    HONOR X7b 5G

    • Tarikh pelancaran: 22 April 2024
    • Harga bermula: RM899
    • Kategori: Mampu milik
    • Artikel pelancaran

    OPPO A60

    • Tarikh pelancaran: 30 April 2024
    • Harga bermula: RM699 (8GB+128GB), RM799 (8GB+256GB)
    • Kategori: Mampu milik
    • Artikel pelancaran

    Telefon manakah yang menarik minat anda? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured