Site icon TechNave BM

Kompilasi pelancaran telefon di Malaysia pada September 2024: iPhone 16, telefon lipat pertama Xiaomi

Bulan September 2024 menyaksikan beberapa pelancaran yang menarik dalam industri telefon pintar Malaysia. Sebagai contoh, beberapa jenama melancarkan telefon pintar andalan (flagship) dengan varian yang paling mampu milik pada tahun ini, sepert Samsung Galaxy S24 Fan Edition (FE) dan siri Xiaomi 14T.

Apple pula mengikuti jadual pelancaran seperti biasa dan melancarkan siri iPhone 16 yang menampilkan butang Camera Control khas untuk mengawal fungsi-fungsi kamera. Ia juga menyokong penggunaan Apple Intelligence, namun setakat ini ia masih belum ditawarkan kepada telefon tersebut.

Selain itu, HONOR melancarkan telefon lipat HONOR Magic V3 yang menampilkan rekaan paling nipis dan ringan untuk sebuah telefon lipat, sambil menawarkan pelbagai ciri-ciri taraf andalan. Xiaomi pula melancarkan telefon lipatnya yang pertama untuk pasaran Malaysia iaitu Xiaomi MIX Flip, menambahkan lagi pilihan untuk jenama telefon lipat gaya clamshell selain Samsung, OPPO dan nubia.

Terdapat juga beberapa telefon mampu milik dan kelas pertengahan yang dilancar pada bulan lalu. Ayuh kita lihat semula dan mungkin ia akan membantu anda memilih telefon yang sesuai dengan bajet dan kemahuan:

Samsung Galaxy A06

Redmi 14C

Nothing Phone (2a) Plus

HONOR Magic V3

Siri iPhone 16

OPPO A3

Siri realme 13 Pro 5G

Samsung Galaxy S24 FE

Infinix SMART 9

Infinix HOT 50i

Siri Xiaomi 14T

Xiaomi MIX Flip

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana telefon di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version