More

    Samsung Galaxy S24 FE dilancar di Malaysia: Galaxy AI, Exynos 2400, AMOLED 120Hz berharga RM3,299

    Samsung Malaysia hari ini melancarkan model mampu milik dalam siri telefon pintar andalan Galaxy S24 iaitu Samsung Galaxy S24 Fan Edition (FE). Ia dilengkapi kebanyakan fungsi unik untuk siri Galaxy S24, sambil dijual pada harga lebih murah dan rekaan yang lebih berprofil rendah.

    Telefon ini dilengkapi skrin Dynamic AMOLED 2X berukuran 6.7 inci dengan kadar segar semula 120Hz untuk pengalaman tontonan yang cantik, serta Vision Booster untuk menghasilkan paparan yang cerah walaupun di bawah silau matahari.

    Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera telefoto 8MP dengan zum optikal sebanyak 3x, kamera ultra-lebar 12MP dan kamera swafoto 10MP. Galaxy S24 FE adalah telefon pertama dengan pemprosesan ProVisual Engine yang mencantikkan gambar menggunakan kecerdasan buatan (AI).

    Ini termasuklah Nightography untuk meningkatkan prestasi fotografi malap, Adaptive Pixel Sensor untuk mengekalkan butiran yang jelas sewaktu ambil gambar zum serta Super High Dynamic Range untuk mengoptimakan warna gambar bergantung kepada situasi.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Exynos 2400 dan bateri 4,700mAh, iaitu lebih besar berbanding 4,500mAh pada Galaxy S23 FE tahun lalu. Ia juga mempunyai kamar wap yang lebih besar sebanyak 1.1x berbanding Galaxy S23 FE untuk melesapkan haba dengan lebih cekap dan mengekalkan suhu telefon pada tahap yang optimum sewaktu bermain game.

    Sistem operasinya menggunakan Android 14 dengan OneUI 6.1 dan ia akan menerima kemas kini selama tujuh tahun. Seperti telefon-telefon Galaxy S24 yang lain, Galaxy S24 FE mempunyai fungsi-fungsi Galaxy AI untuk memudahkan penggunaan harian, seperti Circle to Search with Google, Live Translate untuk menterjemahkan panggilan telefon, Note Assist untuk penulisan nota yang lebih cekap dan banyak lagi.

    Fungsi Galaxy AI untuk kamera pula termasuklah Generative Edit untuk membuang objek yang tidak diingini dalam gambar, Portrait Studio untuk menghiasi gambar anda dengan lukisan ringkas, Edit Suggestion untuk mengemaskan gambar dan Instant Slow-mo untuk memperlahankan video dengan lebih lancar.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Samsung Galaxy S24 FE:

    "
    "
    • Skrin Dynamic AMOLED 2X 6.7 inci, kadar segar semula 120Hz, kaca Corning Gorilla Glass Victus+
    • Cipset Exynos 2400
    • RAM 8GB
    • Storan dalaman 256GB atau 512GB
    • Kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 12MP + kamera telefoto 8MP
    • Kamera swafoto 10MP
    • Bateri 4,700mAh
    • Pengecasan pantas 25W, Fast Wireless Charging 2.0, Wireless Powershare
    • Sistem operasi Android 14 dengan OneUI 6.1.1
    • Sistem keselamatan Samsung Knox
    • Rating kalis air IP68
    • Pilihan warna biru, kelabu, mint, graphite
    • Harga:
      • 8GB+256GB: RM3,299
      • 8GB+512GB: RM3,899

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai telefon ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...