Komputer riba harga bawah RM2500 dengan cas pantas 65W! – HONOR MagicBook 14

HONOR MagicBook 14 telah dilancarkan di Malaysia pada awal bulan Julai 2020 dengan harga RM2,499. Melalui penawaran harga sekitar RM2000 ini, mungkin ramai pengguna komputer riba yang ingin mempertimbangkan pembeliannya.

Dijana pemproses AMD Ryzen 5 3500U bersama janaan grafik Radeon Vega 8. Ia dikatakan memiliki kapasiti bateri yang mampu bertahan selama seharian penggunaan. Persoalannya, adakah penawaran spesifikasi untuk sebuah komputer riba 14 inci oleh jenama syarikat telefon pintar terkenal ini berbaloi untuk dibeli?

Ketahui spesifikasi dan pandangan kami melalui video ini dan ikuti kami di YouTube TechNave BM.