Site icon TechNave BM

Komputer riba RedmiBook Pro dilancar: Skrin 3.2K, pemproses Tiger Lake, harga bermula ~RM2,943

Selain dari siri telefon Redmi K40, Xiaomi juga turut melancarkan siri komputer riba RedmiBook Pro di China semalam. Siri komputer riba ini hadir dengan dua model berbeza iaitu RedmiBook Pro 15 dan RedmiBook Pro 14.

Kedua-dua peranti ini direka khas untuk bersaing dengan komputer riba MacBook Pro dari Apple.

Berikut ada spesifikasi penuh untuk RedmiBook Pro 15:

Untuk harga, ianya berbeza mengikut jenis pemproses dan grafik yang digunakan. Berikut adalah harga RedmiBook Pro 15:

Untuk RedmiBook Pro 14 pula, ia hadir dengan paparan 14 inci beresolusi 2.5K. Bateri yang digunakan adalah bateri 56Wh dengan pengecasan pantas 65W.

Ciri lain RedmiBook Pro 14 ini adalah sama seperti RedmiBook Pro 15 yang telah disenaraikan di atas.

Berikut adalah harga Redmi Book Pro 14:

Komputer riba RedmiBook Pro ini mula dijual di China bermula 15 Mac yang akan datang. Buat masa ini, tiada berita mengenai kehadiran peranti ini untuk pasaran Malaysia.

Adakah anda berminat untuk membelinya sekiranya ia dijual di Malaysia? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : TechRadar

Exit mobile version