More

    Komputer riba RedmiBook Pro dilancar: Skrin 3.2K, pemproses Tiger Lake, harga bermula ~RM2,943

    Selain dari siri telefon Redmi K40, Xiaomi juga turut melancarkan siri komputer riba RedmiBook Pro di China semalam. Siri komputer riba ini hadir dengan dua model berbeza iaitu RedmiBook Pro 15 dan RedmiBook Pro 14.

    Kedua-dua peranti ini direka khas untuk bersaing dengan komputer riba MacBook Pro dari Apple.

    Berikut ada spesifikasi penuh untuk RedmiBook Pro 15:

    • Skrin 15 inci 3.2K bernisbah 16:10, 242 ppi, TUV Rhineland
    • Berat : 1.46 kg
    • Pemproses Intel Gen 11 Tiger Lake H35, pilihan Core i5 dan Core i7
    • Grafik dalaman Intel Xe + Nvidia MX450 GPU 2GB
    • Wi-Fi 6, port USB-C untuk pengecasan dan permindahan data, port HDMI, port USB 2.0
    • Sensor cap jari atas butang kuasa
    • Bateri 70Whr dengan pengecasan pantas 100W
    • RAM 16GB dan storan 512GB SSD
    • Papan kekunci bercahaya
    • Kamera webcam
    • Ciri MIUI+ untuk penyambungan telefon dan komputer riba

    Untuk harga, ianya berbeza mengikut jenis pemproses dan grafik yang digunakan. Berikut adalah harga RedmiBook Pro 15:

    • Intel Core i5, Intel Xe – 4999 Yuan (~RM3,130)
    • Intel Core i5, MX450 – 5499 Yuan (~RM3,443)
    • Intel Core i7, MX450 – 6299 Yuan (~RM3,944)

    Untuk RedmiBook Pro 14 pula, ia hadir dengan paparan 14 inci beresolusi 2.5K. Bateri yang digunakan adalah bateri 56Wh dengan pengecasan pantas 65W.

    Ciri lain RedmiBook Pro 14 ini adalah sama seperti RedmiBook Pro 15 yang telah disenaraikan di atas.

    Berikut adalah harga Redmi Book Pro 14:

    • Intel Core i5, Intel Xe – 4699 Yuan (~RM2,943)
    • Intel Core i5, MX450 – 5299 Yuan (~RM3,318)
    • Intel Core i7, MX450 – 5999 Yuan (~RM3,756)

    Komputer riba RedmiBook Pro ini mula dijual di China bermula 15 Mac yang akan datang. Buat masa ini, tiada berita mengenai kehadiran peranti ini untuk pasaran Malaysia.

    "
    "

    Adakah anda berminat untuk membelinya sekiranya ia dijual di Malaysia? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : TechRadar

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured