Site icon TechNave BM

Nokia Malaysia anjurkan cabutan bertuah sempena Hari Raya, hadiah termasuk Nokia T20 & kamera DJI

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang semakin hampir, Nokia Mobile Malaysia akan menganjurkan sebuah cabutan bertuah khas #RayaWithNokiaMobileMY di mana mereka akan memberi pelbagai jenis peranti istimewa kepada pemenang.

Seramai 33 orang boleh memenangi hadiah daripada cabutan bertuah ini, di mana hadiahnya terdiri daripada kamera DJI Pocket 2, pembesar suara Marshall, tablet Nokia T20 dan fon telinga wayarles Nokia TWS 411.

Cabutan bertuah ini dibuka untuk semua pengguna peranti Nokia. Untuk menyertainya, anda hanya perlu mengambil gambar bertemakan Hari Raya menggunakan peranti Nokia yang dibeli daripada pengedar sah atau laman web rasmi Nokia Mobile.

Kemudian, anda perlu memuat naik gambar tersebut ke ruangan komen dalam satu pos Facebook yang telah ditanda (pinned). Ia perlu disertakan dengan tanda palang #RayaWithNokiaMobileMY serta nyatakan sebab mengapa anda gemar menggunakan peranti Nokia. Anda juga perlu mengikuti @NokiaMobileMY di Facebook dan Instagram.

33 pemenang yang memenuhi syarat di atas akan dipilih dan mereka perlu mengemukakan resit bagi membuktikan pembelian sebelum ini. Anda boleh layari laman Facebook atau Instagram Nokia Malaysia untuk maklumat lanjut tentang cabutan bertuah ini.

Cabutan bertuah Nokia ini akan berlangsung sehingga 31 Mei 2022. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menyertainya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version