Site icon TechNave BM

Nothing Ear dan Nothing Ear (a) akan dilancar pada 18 April 2024

Syarikat teknologi dari London, Nothing, telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan dua produk audio iaitu Nothing Ear dan Nothing Ear (a) pada hari Khamis 18 April 2024. Perkara tersebut diumum melalui media sosial dan mereka turut berkongsi gambar acahan (teaser) untuk produk tersebut.

Ia bakal menjadi pengganti kepada fon telinga wayarles Nothing Ear (2) yang dilancar pada tahun lepas. Nothing memutuskan untuk mengubah skema penamaan produk audio mereka dengan membuang digit daripada namanya.

Nothing tidak menjelaskan dengan lebih lanjut tentang dua produk baharu ini, selain daripada mengatakan dua produk ini adalah hasil daripada tiga tahun pembangunan produk sejak penubuhannya pada 2020.

Kami meramalkan bahawa Nothing Ear bakal menjadi fon telinga wayarles premium, manakala Nothing Ear (a) pula adalah fon telinga kelas pertengahan seperti Nothing Ear (Stick). Berdasarkan gambar acahan yang dikongsi oleh Nothing, kedua-dua produk bakal mempunyai rekaan lutsinar yang telah menjadi mercu tanda buat semua produk mereka.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version