Site icon TechNave BM

Nothing Phone (2) akan dilancar pada suku ke-3 tahun ini, dedahkan reka bentuk belakang telefon

Pelancaran telefon pintar kedua oleh Nothing yang diberi nama Nothing Phone (2) akan hadir pada musim panas atau suku ketiga tahun ini. Seperti laporan sebelum ini, ia dijangka dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8+ Gen 1. Kami kini mendapat paparan pendedahan pada bahagian peranti yang mungkin menunjukkan bahagian belakang Phone (2).

Kita boleh melihat kawasan bertekstur serta garisan landai dan bentuk bulat di samping LED merah yang berkemungkinan penunjuk rakaman video yang turut dipaparkan pada Phone (1). Namun, hanya imej di bawah sahaja yang didedahkan pada laman web Nothing buat sementara ini.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh daftar di laman web rasmi Nothing untuk tahu kemas kini mengenai Phone (2) lebih awal. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version