More

    Nothing Phone (2) dijangka gunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1

    Nothing memberikan pengumuman mengejut pada Mobile World Congress (MWC) 2023 minggu lepas di gerai Qualcomm. Ketua Pegawai Eksekutif, Carl Pei mengesahkan bahawa Nothing Phone (2) akan membawa cipset siri Snapdragon 8 tetapi beliau tidak menyatakan sebarang butiran model cipset tersebut.

    Nothing mungkin tidak menggunakan cipset Qualcomm terbaharu dalam Nothing Phone (2). Oleh itu, pembeli yang menunggu Phone (2) tidak seharusnya mengharapkan CPU 202O. 

    Dalam pada itu, media daripada 91mobiles juga menangkap tangkapan skrin siaran LinkedIn di mana Alex Katouzian dari Qualcomm mengesahkan Phone (2) akan menggunakan cipset Snapdragon 8+ Gen 1. Namun, kenyataan itu mungkin satu kesilapan kerana ia telahpun dipadam.

    Dengan pilihan cipset lama, harga yang ditawarkan sepatutnya menjadi berita baik dan tidak terlalu mahal. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: BGR

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured