Site icon TechNave BM

OnePlus 11 mungkin akan dibina dengan bahan seramik

Menurut pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station, telefon pintar premium seterusnya oleh OnePlus, siri OnePlus 11, mungkin akan mempunyai badan yang dibuat daripada bahan seramik dengan rangka besi.

Jika benar, ini akan membuatkannya nampak sangat eksklusif kerana seramik bukanlah bahan yang kerap digunakan dalam telefon pintar. Ia selalunya hanya dikhaskan untuk varian paling mahal dalam sebuah siri telefon pintar, seperti OPPO Find X5 Pro dan HUAWEI P40 Pro+.

Kali terakhir OnePlus menggunakan seramik dalam telefon mereka adalah pada 2015, di mana ia ditawarkan dalam OnePlus X edisi khas.

Selain itu, beliau turut mengatakan OnePlus 11 bakal mempunyai skrin yang melengkung di bahagian sisi dengan resolusi 2K, manakala spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Snapdragon 8 Gen 2, RAM 16GB dan storan dalaman UFS 3.0.

Sebelum ini, rekaan awal untuk OnePlus 11 telah tertiris di mana ia mempunyai bonggol kamera yang serupa dengan siri OnePlus 10. Siri OnePlus 11 juga dijangka akan mempunyai kamera yang dibina dengan kerjasama Hasselblad.

Telefon ini dijangka akan dilancar pada awal 2023. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OnePlus 11 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version