fbpx
More

    Ulasan OPPO Find X5 Pro 5G – Calon nombor satu untuk kamera telefon terbaik tahun ini?

    OPPO Malaysia telah memperkenalkan telefon pintar andalan terbaharu, OPPO Find X5 Pro, yang dijual pada harga sangat mahal iaitu RM4,999. Ternyata, harga yang tinggi ini pasti memerlukan pelbagai ciri-ciri mantap supaya nilai telefon ini berbaloi dengan harga tersebut.

    Untuk mengetahui sama ada telefon unik ini sesuai menjadi peranti anda yang seterusnya, ayuh baca ulasan ini yang telah dikarang oleh penulis TechNave English.

    Rekaan – Memang sangat “Find”

    Menyambung falsafah rekaan daripada OPPO Find X3 Pro, OPPO telah menambah baik rekaan daripada telefon sebelum ini untuk menjadi Find X5 Pro nampak sangat unik dan mewah. Kebanyakan telefon jenama lain pada waktu ini hanya menyalin rekaan masing-masing, namun OPPO berjaya memberikan identiti tersendiri untuk Find X5 Pro. Warna putih yang dipinjamkan kepada saya nampak sangat cantik, manakala warna hitam juga turut nampak menawan.

    Walapun sebuah sarung silikon disertakan dalam kotak, saya masih tidak rasa selamat untuk telefon ini kerana bahagian sisinya yang melengkung. Jika anda ingin melindungi telefon ini, anda boleh dapatkan Kevlar Cover Case bernilai RM129 di kedai OPPO Brand Store. Buat masa ini, saya berpendapat anda tidak boleh membeli sarung pihak ketiga yang berkualiti tinggi untuk Find X5 Pro.

    Spesifikasi teknologi – Marilah sini, MariSilicon

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OPPO Find X5 Pro yang dijual di Malaysia:

    • Skrin AMOLED LTPO2 6.7 inci, resolusi 3216×1440, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 1,300 nits
    • Cipset Snapdragon 8 Gen 1
    • RAM 8/12GB
    • Storan 256/512GB
    • Kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX766 + kamera ultra-lebar 50MP + kamera telefoto 13MP
    • Kamera swafoto 32MP
    • Dilengkapi cip NPU pengimejan MariSilicon X, fungsi OIS lima paksi, Hasselblad Colour Calibration
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas 80W, pengecasan wayarles 50W
    • Sistem operasi ColorOS 12.1 berdasarkan Android 12
    • Pembesar suara stereo, port USB-C 3.1, pengimbas cap jari optikal dalam skrin
    • Pilihan warna hitam Ceramic Black dan putih Ceramic White
    Penjenamaan MariSilicon jelas terpapar pada telefon ini

    Salah satu tarikan utama untuk Find X5 Pro adalah cip MariSilicon X yang merupakan pemproses pengimejan pertama yang dibina oleh OPPO sendiri, bagi menghasilkan gambar dan video yang cantik untuk semua situasi. Dengan pengurangan noise AI dan pemprosesan dinamik, cip ini boleh menghasilkan gambar cantik walaupun dalam suasana malap.

    Selain mengambil gambar cantik dalam suasana kurang cahaya, prestasi HDR juga telah dipertingkatkan. Telefon ini mempunyai keboleh rakaman 4K Ultra HDR di mana subjek rakaman tidak akan dibayangi oleh pencahayaan latar (backlight) yang terlalu terang.

    Tambahan pula, kerjasama OPPO dengan Hasselblad menawarkan fungsi menarik untuk penggemar fotografi, terutamanya dalam mod Pro dan XPAN. Semua mod kamera ini turut mempunyai teknologi penstabilan imej optikal (OIS) lima paksi seperti dalam kamera SLR.

    Memandangkan saya belum pernah mencuba ColorOS 12, saya teruja untuk menggunakan perisian ini dalam Find X5 Pro. Saya amat menggemarinya kerana ia menawarkan pelbagai fungsi yang boleh diubah suai seperti Omoji, rekaan Always-On Display, shortcut UI dan banyak lagi.

    Malangnya, perisian ini masih mempunyai jumlah perisian remeh (bloatware) yang tinggi, mungkin lebih tinggi berbanding telefon sebelum ini. Sebagai contoh, aplikasi seperti Game Center, Hot Games dan HeyFun menawarkan fungsi yang sama dalam mencari game. Ini juga boleh dikatakan untuk Hot Apps, App Market dan Google Play Store.

    OPPO mungkin tidak lagi mengendahkan masalah ini kerana ia telah pun berlarutan selama bertahun-tahun, dan saya juga tidak boleh membuang perisian remeh ini. Satu cara yang boleh dilakukan adalah anda hanya perlu tekan lama-lama pada Hot Apps atau Hot Games, pergi ke App Info, kemudian nyahpilih (deselect) aplikasi ini daripada dipaparkan dalam laman utama.

    Pengimbasan muka tidak boleh dilakukan apabila anda memakai pelitup muka

    Prestasi – Tidak kalah dengan telefon andalan lain

    Sedia maklum bahawa OPPO Find X5 Pro, seperti telefon-telefon lain dalam kategori ini, boleh memainkan sebarang aplikasi dan game dengan sangat cemerlang. Prestasi kameranya juga bagus, namun satu perkara yang saya kurang gemari adalah prestasi baterinya.

    Untuk sebuah telefon yang memiliki bateri 5,000mAh, saya agak terkejut bahawa ia boleh menghabiskan bateri dengan sangat cepat dalam masa satu hari. Perlu saya nyatakan di sini bahawa saya memang menggunakan Find X5 Pro sebanyak mungkin, daripada mengambil gambar, bermain game hinggalah menonton banyak video di YouTube. Jika anda tidak bermain game dengan banyak, mungkin bateri ini boleh bertahan lama untuk anda. Mujur sekali, pengecasan pantasnya mengimbangi masalah ini, di mana pengecasan penuh mengambil masa sekitar satu jam sahaja.

    Tetapan bateri dalam Find X5 Pro
    Perhubungan GPS berfungsi dengan baik

    Find X5 Pro adalah telefon bertaraf tinggi yang memfokuskan pada kamera dan cip MariSilicon X memang boleh menghasilkan gambar yang sangat cantik dalam kamera telefon ini. Gambar yang diambil pada waktu siang mungkin nampak serupa dengan gambar daripada kamera telefon lain, namun penggambaran malap berjaya membuatkan kamera Find X5 Pro menyerlah kerana gambarnya yang lebih berkualiti tinggi.

    Sungguh pun begitu, amat pelik mengapa OPPO tidak menyertakan ciri Mikroskop yang terdapat pada Find X3 Pro sebelum ini. Apabila ditanya mengenai perkara ini, pasukan R&D OPPO berkata mereka berbuat demikian untuk menumpukan pada kebolehan fotografi yang lebih bagus. Beriku adalah beberapa gambar yang diambil menggunakan kamera Find X5 Pro:

    Kesimpulan – Telefon bagus tapi sukar untuk dicadangkan

    Saya boleh menyatakan banyak sebab mengapa OPPO Find X5 Pro adalah sebuah peranti yang sangat menarik. Salah satunya adalah prestasi kamera yang merupakan ciri utama pada telefon ini, di samping rekaannya yang anggun, cipset tercanggih serta pengecasan yang sangat pantas. Walaupun dengan kehadiran perisian remeh yang banyak, ia masih boleh dihilangkan dalam Settings. Prestasi baterinya juga baik, selagi anda tidak membuka game berat dengan tempoh yang lama.

    Sungguh pun begitu, harga RM4,999 membuatkannya sukar untuk disyorkan kepada orang awam. Ramai pengguna telah menyatakan bahawa dengan harga sedemikian, anda boleh belanja sedikit lagi wang untuk mendapatkan iPhone 13 Pro, atau dapatkan telefon andalan lain yang lebih murah seperti Samsung Galaxy S22+ (RM4,299) dan Xiaomi 12 Pro (RM3,899).

    Akhirnya, ia bergantung kepada bajet dan keutamaan anda sendiri. Jika anda sanggup berbelanja besar untuk menikmati prestasi kamera terunggul daripada OPPO, ini pasti adalah peranti yang sesuai untuk anda. Jika anda bukan peminat OPPO sekali pun, ia masih menawarkan pengalaman penggunaan yang setaraf dengan telefon andalan daripada jenama lain.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Shopee lancarkan program Jaminan Tepat Masa untuk penghantaran barang bermula 6 Mei ini

    Shopee akan melancarkan inisiatif terbaharunya, program Jaminan Tepat Masa yang bertujuan untuk mengurangkan kebimbangan mengenai kebolehpercayaan penghantaran untuk pembeli dalam talian.

    Nothing Ear dan Ear (a) dilancar di Malaysia: Fon telinga wayarles lutsinar bermula RM479

    Nothing Malaysia telah memperkenalkan dua fon telinga wayarles baharu iaitu Nothing Ear dan Nothing Ear (a). Syarikat teknologi yang berpusat di London,...

    HONOR X7b 5G dilancar di Malaysia: Dimensity 6020, bateri 6,000mAh & kamera 108MP berharga...

    Memperkenalkan HONOR X7b 5G, telefon pintar yang berkuasa yang mentakrifkan semula prestasi mudah alih dan fotografi. Ia dilengkapi dengan RAM 16GB dan...

    nubia Neo 2 5G dilancar di Malaysia: Tampilkan ‘Dual Gaming Shoulder Triggers’ berharga RM999

    Siri nubia Neo melancarkan peranti andalan terbaharunya, nubia Neo 2 5G yang dicipta untuk memenuhi keperluan pemain kasual dan peminat dengan mengutamakan...

    TIME naik taraf Pakej MyKabel 100Mbps kepada 200Mbps, harga kekal pada RM69/bulan

    Awal bulan ini, TIME memberikan peningkatan Speed Boost secara percuma kepada beberapa pelanggan yang layak. Kini, terdapat satu lagi peningkatan baru dan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X