Site icon TechNave BM

OPPO Find N5 akan dilancar pada 20 Februari 2025

OPPO bakal memperkenalkan telefon pintar lipat yang terbaru, OPPO Find N5, buat kali pertama pada hari Khamis, 20 Februari 2025 jam 7:00 malam, di Singapura. OPPO masih belum mendedahkan sebarang maklumat mengenai spesifikasi atau ciri-ciri peranti lipat ini, namun syarikat itu mengiklankan cogan kata “Slim, Yet Powerful (Nipis Namun Berkuasa)”.

Berdasarkan cogan kata tersebut, kita boleh jangkakan telefon lipat nipis seperti HONOR Magic V3 dan HUAWEI Mate X6 yang dilancar pada tahun lalu. Buat masa ini, Pengurus Produk OPPO Zhou Yibao telah berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan rekaan telefon ini secara ringkas dalam platform media sosial Weibo.

Ia akan didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu putih, ungu dan hitam. Selain itu, kameranya bakal mempunyai teknologi Hasselblad untuk kualiti warna yang cantik, seperti telefon OPPO Find X8 Pro.

Beliau juga menunjukkan skrin Find N5 yang tidak mempunyai sebarang garis lipatan. Kami perlu lihat sendiri nanti jika telefon ini sememangnya mempunyai garis lipatan atau tidak pada skrinnya.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OPPO Find N5 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version