Site icon TechNave BM

OPPO Malaysia anjurkan promosi khas sempena Tahun Baru Cina, diskaun sehingga RM400

Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang semakin hampir, OPPO Malaysia akan menganjurkan promosi khas Stand Out in the Year of the Dragon Chinese New Year Promotion yang akan berlangsung sehingga 25 Februari 2024. Ia menawarkan potongan harga sehingga RM400 untuk beberapa model telefon pintar terpilih.

Jika anda beli telefon pintar OPPO Reno10 Pro+ dalam promosi ini, anda akan menerima rebat segara RM400 yang bermaksud anda boleh membelinya pada harga RM3,099 sahaja (harga asal RM3,499).

Di samping itu, pelanggan yang membeli model lebih baharu, OPPO Reno11, akan menerima fon telinga wayarles OPPO Enco Buds2 (bernilai RM129) secara percuma.

Pelanggan yang membeli OPPO Reno11 Pro pula akan menerima pengecas yang boleh digunakan dalam kereta, OPPO SUPERVOOC 80W Car Charger and Cable (bernilai RM178), untuk pengecasan pantas sewaktu anda sedang memandu.

Layari laman web OPPO Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version