fbpx
More

    Siri OPPO Reno10 5G dilancar di Malaysia: Kamera telefoto 64MP dan skrin 3D Curved bermula RM1,799

    Hari ini merupakan pelancaran siri OPPO Reno10 5G di Malaysia yang terdiri daripada tiga varian iaitu OPPO Reno10 5G, OPPO Reno10 Pro 5G dan OPPO Reno10 Pro+ 5G. Walaupun siri Reno pernah dikenali dengan pengimejan bokeh, siri kali ini lebih fokus pada fotografi menggunakan kamera telefotonya.

    OPPO Reno10 5G membawa cipset MediaTek Dimensity 7050 5G, RAM 8GB dan storan 256GB. Paparan yang digunakan adalah AMOLED 3D Curved Screen 6.7 inci 120Hz, 1080 x 2412 piksel dan nisbah skrin ke badan 20:9. Ia mempunyai ciri pengembangan RAM sehingga 8GB untuk kekalkan prestasi yang lancar kepada pengguna.

    Kamera belakangnya pula terdiri daripada kamera utama 32MP (telefoto) + sensor 64MP + ultra lebar 8MP dengan flash LED di bawah kamera utama. Kamera hadapannya pula membawa sensor 32MP dengan auto fokus. Baterinya standard untuk kelas pertengahan iaitu 5,000mAh dengan pengecasan SUPERVOOC 67W. Sepsifikasi lain termasuk pengimbas cap jari bawah paparan, ColorOS 13.1 berdasarkan Android 13 serta boleh didapati dalam warna Ice Blue dan Silvery Grey.

    Seterusnya, OPPO Reno10 Pro 5G menampilkan cipset Snapdragon 778, RAM 12GB yang mempunyai pengembangan RAM dan storan 256GB. Bahagian hadapannya menggunakan skrin OLED 3D Curved 6.7 inci dengan kaca penutup AGC DragontrailTM Star 2. Reno10 Pro 5G menawarkan nisbah skrin-ke-badan 93%, kadar penyegaran semula yang boleh dilaraskan sehingga 120Hz dan resolusi 2412 × 1080 yang memaparkan sehingga 1 bilion warna berbeza pada kecerahan HDR 950 nits.

    Ia agak nipis dan ringan pada 7.89 mm dan 185g walaupun dengan alat tambah perkakasan pengimejan yang dipertingkatkan. Bezel kiri dan kanannya berukuran 1.57 mm manakala di bawahnya berukuran 2.32mm.

    Reno10 Pro 5G menawarkan tri-kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama ultra-jelas 50MP dengan sensor IMX890 bersaiz besar 1/1.56 inci menampilkan piksel bersaiz 4-dalam-1, 2.0μm, kamera potret telefoto IMX709 32MP dan ultra lebar 112° 8MP. Bahagian hadapan telefon membawa sensor IMX709 32MP dengan autofokus (AF).

    Telefon ini menggunakan bateri 4,600mAh dengan pengecasan SUPERVOOC 80W memberikan pengecasan penuh dalam masa 28 minit dan boleh meningkat 48% pada 10 minit pengecasan. Sistem penyejukannya termasuk kawasan penyejukan cecair VC yang sangat besar memastikan Reno10 Pro 5G tetap sejuk untuk penggunaan yang lama.

    Sepesifikasi lain termasuk pengimbas cap jari bawah paparan, sambungan bluetooth, Wi-Fi 6, dwi SIM, NFC, pembesar suara Dirac dan ColorOS 13.1 berdasarkan Android 13. Ia boleh didapati dalam warna Glossy Purple dan Silvery Grey. Anda boleh lihat di bawah untuk spesifikasi ringkas:

    OPPO Reno10 5G

    • Cipset MediaTek Dimensity 7050 5G
    • RAM 8GB dan storan 256GB, mempunyai pengembangan RAM sehingga 8GB
    • AMOLED 3D Curved Screen 6.7 inci 120Hz
    • 1080 x 2412 piksel dan nisbah 20:9
    • Tri-kamera belakang: Kamera utama 32MP (telefoto) + sensor 64MP + ultra lebar 8MP dengan flash LED
    • Kamera swafoto 32MP dengan autofokus (AF)
    • Bateri 5,000mAh dengan pengecasan SUPERVOOC 67W
    • Sepesifikasi lain: Pengimbas cap jari bawah paparan, Bluetooth, Wi-Fi 6, dwi SIM, NFC, dwi pembesar suara dan ColorOS 13.1 berdasarkan Android 13
    • Harga: RM1,799

    OPPO Reno10 Pro 5G

    • Cipset Snapdragon 778
    • RAM 12GB yang mempunyai pengembangan RAM dan storan 256GB
    • Skrin OLED 3D Curved 6.7 inci dengan kaca penutup AGC DragontrailTM Star 2
    • Nisbah skrin-ke-badan 93%, kadar penyegaran semula yang boleh dilaraskan sehingga 120Hz dan resolusi 2412 × 1080
    • Nipis 7.89mm dan berat 185g
    • Tri-kamera belakang: Kamera utama ultra-jelas 50MP dengan sensor IMX890, kamera potret telefoto IMX709 32MP dan ultra lebar 112° 8MP.
    • Kamera swafoto IMX709 32MP dengan autofokus (AF)
    • Bateri 4,600mAh dengan pengecasan SUPERVOOC 80W
    • Warna: Glossy Purple dan Silvery Grey
    • Sepesifikasi lain: Pengimbas cap jari bawah paparan, Bluetooth, Wi-Fi 6, dwi SIM, NFC, dwi pembesar suara Dirac dan ColorOS 13.1 berdasarkan Android 13
    • Harga: RM2,199

    Akhir sekali, OPPO Reno Pro+ 5G membawa cipset Snapdragon 8+ Gen 1 dengan ketebalan 8.28mm dan berat pada 194g. Anda boleh dapatkan OPPO Reno Pro+ 5G dalam dua warna yang sama seperti OPPO Reno10 Pro 5G. Paparan yang digunakan adalah AMOLED 3D Curved Screen 6.74 inci 120Hz, 1240 x 2772 piksel dan nisbah skrin ke badan 20.1:9

    Reno10 Pro+ 5G membolehkan pengguna mengambil gambar potret tahap profesional dengan sistem kamera potret ultra jelas di mana kamera potret telefoto 64MP menyediakan jarak fokus setara 71mm. Kamera ini juga disokong oleh apertur f/2.5, jarak fokus minimum 25cm dan sensor kamera 1/2 inci yang besar.

    Kamera potret telefoto 64MP pada Reno10 Pro+ 5G ini mempunyai megapiksel tertinggi berbanding dengan telefon pintar lain dengan teknologi OIS (Penstabilan Imej Optik). Anda boleh zum optikal tiga kali ganda memberikan kualiti imej enam kali ultra-jelas.

    Selain kamera telefoto 64MP, ia mempunyai kamera ultra-jelas 50MP dengan OIS dan sensor Sony IMX890 serta ultra lebar112° 8MP dengan sensor Sony IMX355. Telefon ini menyediakan pelbagai ciri pengimejan yang mengagumkan termasuk mod Pro-Potret, video Pro-Potret dan video malam ultra 4K/4K Ultra HDR Video untuk menghasilkan gambar dan rakaman bertaraf profesional.

    Melalui teknologi SUPERVOOC 100W pengecasan pantas OPPO, bateri Reno10 Pro+ 5G 4,700mAh boleh mengecas sehingga 50% dalam 9 minit dan 30 saat serta 100% untuk pengecasan selama 27 minit. Sistem operasinya juga sama seperti kedua-dua varian OPPO Reno10 yang lain.

    OPPO Reno10 Pro+ 5G

    • Cipset Snapdragon 8+ Gen 1
    • RAM 12GB yang mempunyai pengembangan RAM dan storan 256GB
    • Skrin OLED 3D Curved 6.74 inci
    • Nisbah skrin-ke-badan 93%, kadar penyegaran semula yang boleh dilaraskan sehingga 120Hz dan resolusi 2412 × 1080
    • Nipis 8.28mm dan berat 194g
    • Tri-kamera belakang: Kamera utama ultra-jelas 64MP, sensor 50MP dan ultra lebar 8MP.
    • Kamera swafoto IMX709 32MP dengan autofokus (AF)
    • Bateri 4,700mAh dengan pengecasan SUPERVOOC 100W
    • Warna: Glossy Purple dan Silvery Grey
    • Sepesifikasi lain: Pengimbas cap jari bawah paparan, Bluetooth, Wi-Fi 6, dwi SIM, NFC, dwi pembesar suara dan ColorOS 13.1 berdasarkan Android 13
    • Harga: RM3,499
    ModelWarnaHadiah pra-tempahan
    OPPO Reno10 Pro+ 5G(12GB + 256GB)Glossy Purple
    Silvery Grey
    Ganjaran percuma bernilai keseluruhan RM896 termasuk:
    OPPO Enco Air3 (bernilai RM249)Akses percuma ke KLIA Plaza Premium Lounge (bernilai RM299)Pelan perlindungan skrin selama 1 Tahun secara percuma (bernilai RM199)Jaminan tambahan selama 1 tahun secara percuma (bernilai RM149)
    OPPO Reno10 Pro 5G (12GB + 256GB)Glossy Purple
    Silvery Grey
    Ganjaran percuma bernilai keseluruhan RM506 termasuk:
    Pembesar suara bluetooth (bernilai RM129)OPPO Enco Buds2 (bernilai  RM129)Pelan perlindungan skrin selama 1 Tahun secara percuma (bernilai RM139)Jaminan tambahan selama 1 tahun secara percuma (bernilai RM109)
    OPPO Reno10 5G(8GB + 256GB)Ice Blue
    Silvery Grey
    Ganjaran percuma bernilai keseluruhan RM238 termasuk:
    Pembesar suara bluetooth (bernilai RM129)Jaminan tambahan selama 1 tahun secara percuma (bernilai RM109)

    OPPO Reno10 5G boleh didapati pada harga RM1,799, OPPO Reno10 Pro 5G berharga RM2,199 dan OPPO Reno10 Pro+ 5G pada harga RM3,499. Pra-tempah boleh dilalukan ulai hari ini hingga 14 Julai 2023 dan dapatkan hadiah percuma seperti OPPO Enco Air3, OPPO Care dan akses percuma di Plaza Premium Lounge atau pembesar suara bernila RM129.

    Anda boleh dapatkan siri Reno10 5G ini di My OPPO Space, kedai jenama OPPO dan pengedar sah OPPO atau dalam talian melalui platform e-dagang. Ketahui lebih lanjut mengenai kemas kini dan peranti baharu atau mengenai siri OPPO Reno10 di laman web rasmi OPPO di sini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.


     

    Artikel Terkini

    Samsung Malaysia lancarkan televisyen dan “soundbar” dengan teknologi AI, bermula RM2,999

    Kecerdasan buatan (AI) kini merupakan trend yang popular dalam industri teknologi pada 2024 dan Samsung Malaysia mengikuti trend tersebut dengan melancarkan televisyen...

    vivo Malaysia sambut ulang tahun ke-10 dengan bengkel fotografi bersama vivo V30e 5G

    Bersempena 10 tahun kemajuan revolusi dalam teknologi telefon pintar, vivo Malaysia telah menganjurkan bengkel fotografi selari dengan pelancaran telefon pintar terbaharu, vivo...

    smart #3 dipandu uji buat kali pertama, bakal diumum di Malaysia Autoshow 2024

    Smart Malaysia baru-baru ini mengadakan acara pratonton eksklusif yang bertemakan "Chasing Thrills" di Subang Jaya. Acara ini adalah untuk memperkenalkan kenderaan elektrik...

    OpenAI lancarkan GPT-4o secara percuma, jadikan interaksi manusia-komputer lebih semula jadi

    Pada persidangan OpenAI awal pagi tadi, model besar GPT-4o yang dinaik taraf telah dikeluarkan secara rasmi. "o" dalam GPT-4o bermaksud "omni". GPT-4o...

    Siri vivo X100s dilancar dengan Dimensity 9300+, penderia kamera 1″ dan cas pantas 100W...

    Bersama-sama pelancaran X100 Ultra, vivo turut memperkenalkan telefon pintar vivo X100s dan X100s Pro. Telefon baharu ini menampilkan cipset Dimesnity 9300+ yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X