Site icon TechNave BM

OPPO mungkin sedang bangunkan sebuah telefon lipat untuk bersaing dengan Samsung Galaxy Flip

OPPO telah memperkenalkan telefon pintar lipatnya yang pertama, OPPO Find N, pada tahun lepas dan ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di China berikutan reka bentuknya yang lebih unik berbanding telefon lipat lain. Kini OPPO dilaporkan sedang membangunkan sebuah lagi telefon lipat, kali ini dengan gaya lipatan mendatar atau clamshell.

Menurut sumber, telefon lipat baharu ini bertujuan untuk menyaingi telefon clamshell lain seperti Samsung Galaxy Z Flip3, HUAWEI P50 Pocket atau Motorola Razr. Ia akan menggunakan jenama OPPO Find dan dilancarkan sekitar suku ketiga tahun ini.

Selain itu, telefon lipat OPPO ini juga dikhabarkan bakal dijual pada harga yang lebih murah berbanding Samsung Galaxy Z Flip3. Memandangkan ia mempunyai nama “Find”, telefon ini mungkin akan dilengkapi spesifikasi tercanggih seperti dalam OPPO Find N.

Untuk OPPO Find N pula, OPPO dilaporkan sedang mengusahakan sekuel kepada telefon lipat tersebut yang akan dilancar pada hujung 2022 dan mungkin akan dijual dalam kawasan luar China.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan sebuah lagi telefon lipat OPPO dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 91 Mobiles

Exit mobile version