Pengalaman guna realme narzo 20 Pro selama seminggu!

Dalam video kali ini, kami mengulas mengenai sebuah telefon kelas pertengahan yang terbaru dari realme iaitu realme narzo 20 Pro. Jika dilihat dari spesifikasinya, ia mempunyai persamaan yang banyak dengan realme 7 yang baru sahaja dilancarkan 2 bulan yang lalu.

Setelah seminggu menggunakan peranti ini, realme narzo 20 Pro ini sememangnya mempunyai spesifikasi dan ciri teknologi yang istimewa jika dibandingkan dengan telefon kelas pertengahan yang lain. Skrin dan pengecasan pantasnya adalah antara ciri yang boleh diberi pujian.

Namun, setiap peranti pasti ada kelemahannya bukan? Tonton video ini untuk mengetahui ulasan kami secara menyeluruh mengenai telefon ini. Ikuti kami di YouTube untuk video teknologi terkini.