fbpx
More

    Perbandingan: Pelan jualan Apple iPhone SE 2020 oleh Celcom, Digi, U Mobile dan Maxis

    Apple iPhone SE 2020 kini tersedia didapati di Malaysia bermula dengan harga RM1,999 dan seperti biasa, syarikat telco tempatan telah menyediakan penawaran pakej kepada sesiapa yang berminat. Dalam artikel perbandingan ini, pelan pakej untuk iPhone SE 2020 oleh Celcom, Digi dan U Mobile akan dilihat. Maxis masih belum mendedahkan pelan mereka, jadi kami akan mengemas kini jika pelan Maxis sudah tersedia. Baca dibawah untuk menyemak pelan yang sesuai dengan anda!

    Celcom – Dapatkan Lightning dengan data Internet banyak sehingga 100GB

    Bermula dengan telco biru ini, Celcom menawarkan ketiga-tiga model iPhone SE (64GB, 128GB dan 256GB) dengan siri MEGA Lightning. Harga yang paling berpatutan tidak lain tidak bukan adalah model 64GB berharga RM57 setiap bulan bersama data Internet sehingga 70GB pada Lightning XL Pass (bernilai RM108)! Tentunya, terdapat juga pelan Mega Postpaid (bernilai RM80) digabungkan bersama data 30GB, menjumlahkan data sehingga 100GB dengan jumlah bayaran RM245 kesemuanya.

    Pra-tempahan iPhone SE melalui Celcom agak mudah dan telus. Kesemua pilihan warna – putih, hitam dan PRODUK (MERAH) – tersedia, jadi untuk maklumat lanjut anda boleh mengunjungi laman web rasminya disini.

    Digi – Sambar pelan lengkap atau dapatkan kombo iPhone SE + Apple Watch Series 5

    Seterusnya, iPhone SE 2020 ialah sebahagian daripada Digi PhoneFreedom 365 yang popular. Sekali lagi, ia hadir dengan pembayaran bulanan terendah untuk pelan lengkap. Menurut laman web rasmi, harga terendah iPhone SE yang anda boleh dapatkan adalah Digi Postpaid 190 untuk RM53 setiap bulan. Pelan pascabayar ini juga tampil dengan Internet 2 x 100GB Sepanjang Hari, Pangggilan Tanpa Had dan perayauan Internet 5GB.

    Namun, pelan ini bukan pelan lengkap dengan bayaran terendah. Pelan terendah ialah Digi Postpaid 80 dengan GBoost, di mana anda boleh membayar RM158 setiap bulan (RM68/bulan untuk peranti + RM80 untuk pelan + RM10 untuk GBoost). Perlu dikhabarkan juga bahawa syarikat ini menawarkan kombo iPhone SE (128GB atau 256GB) + Apple Watch Series 5 dengan harga bermula pada RM151. Tawaran yang agak menarik menurut kami!

    U Mobile – Jimat RM1500 dan GoInsure 3 dengan perlindungan percuma COVID-19

    Untuk U Mobile, anda boleh mendapatkan iPhone SE dengan gabungan Unlimited HERO P139 atau Unlimited HERO P99. Jika anda memilih pelan yang dinyatakan, anda dapat menikmati penjimatan sehingga RM1500. Ini bermakna harga iPhone SE hanya RM499! Selain itu, jika anda lebih memilih pelan ansuran, anda boleh mendapatkan UPackage dengan harga serendah RM41 setiap bulan bersma 0% faedah.

    Tidak terhenti di situ, telco jingga ini juga memberikan GoInsure 3 untuk pelanggan yang mendapatkan iPhone SE dengan pakej Unlimited Hero P139. Untuk yang masih tidak tahu, GoInsure 3 adalah produk insurans Kemalangan Individu (PA) dengan perlindungan COVID-19 sehingga RM13,000 dan syarikat tersebut menawarkannya untuk 24 bulan secara percuma. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan U Mobile, anda boleh mengunjungi laman web ini.

    Maxis – Sambar iPhone SE dengan harga serendah RM64/bulan

    Akhirnya, Maxis merupakan telco terakhir yang mendedahkan pelan pakej iPhone Se 2020. Menurut laman web mereka, kelihatannya hanya model 128GB yang tersedia dengan ketiga-tiga pilihan warna seperti yang dinyatakan sebelum ini. Seperti biasa, anda boleh memilih sama ada Zerolution atau kontrak biasa bermula dari serendah RM64 untuk 2 tahun.

    Jika anda sedang mencari bayaran RM64 untuk peranti ini, bayaran tersebut adalah berdasarkan pelan MaxisONE 188 dengan penawaran data Internet sehingga 60GB, panggilan tanpa had dan SMS. Perkongsian rangkaian bersama 4 rakan atau keluarga (4 Share Lines) juga turut serta. Kesemua pelan MaxisONE Zerolution menawarkan RM0 pembayaran pendahuluan, namun jika anda inginkan kontrak biasa, anda boleh memilih MaxisONE 188, 158 dan 128 dengan bayaran serendah RM645.

    Jadi, berikut merupakan pakej pelan telco tempatan untuk iPhone SE 2020. Apa pun, anda juga boleh menggunakan alat perbandingan pelan telco untuk telefon pintar di laman web kami jika anda mencari telefon pintar lain. Pakej pelan telco manakah menjadi pilihan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama TechNaveBM.com untuk penawaran teknologi tempatan lain.

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

    Artikel Terkini

    Harga iPhone 12 tidak semurah yang disangka, bermula ~RM3192 kerana 5G dan skrin OLED

    Dalam beberapa bulan dan minggu yang lepas, terdapat pelbagai sumber yang menjangkakan harga siri iPhone 12 bakal menjadi lebih murah. Terkini, penganalisis...

    (Video) iPhone SE 2020 – Reka bentuk iPhone 8 dengan cip A13 Bionic berprestasi

    Apple telah melancarkan iPhone SE 2020 atau iPhone SE generasi kedua pada bulan April lalu. Setelah hampir tiga bulan kemunculannya, terdapat warganet...

    Lenovo Legion akan dilancar pada hari yang sama dengan ASUS ROG Phone 3

    Sebaik sahaja cipset Snapdragon 865 Plus 5G diumumkan, kini Lenovo pula telah mengesahkan tarikh pelancaran telefon pintar gaming Lenovo Legion yang dilengkapi...

    OnePlus Nord, inilah rupa ‘midranger’ yang bakal hadir dengan paparan AMOLED

    Anda pastinya sudah digembar-gemburkan mengenai kehadiran sebuah peranti kelas pertengahan (midranger) yang bakal muncul pada 21 Julai ini. Terkini, Naib Presiden OnePlus...

    OnePlus Buds melepasi kelulusan, mungkin hadir bersama OnePlus Nord 21 Julai

    Selain daripada peranti kelas pertengahan pertama OnePlus, OnePlus Nord, syarikat ini juga dilaporkan bakal melancarkan fon telinga wayarles pertamanya.

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Acer Nitro 5 – Memuaskan nafsu ‘gaming’ anda dan jimat kos!

    Komputer riba gaming yang besar merupakan kebiasaan sehinggakan tiada sesiapapun yang pernah mengimpikan komputer riba gaming mudah alih. Namun, arus teknologi yang...