realme X50, sebuah peranti yang menandakan lembaran baru buat syarikat China telah dilancarkan di Beijing,China pada 7 Januari 2020.

Telefon itu dilengkapi dengan cipset Snapdragon 765G, iaitu cipset 5G pertama daripada Qualcomm. Skrin LCDnya pula berukuran 6.57 inci dengan kadar segar semula sepantas 120Hz dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90.48%. Dilengkapi bateri yang berkapasiti 4,200 mAh, ia juga hadir dengan pengecasan pantas 30W VOOC. Ia mampu mengecas penuh telefon anda sepantas 60 minit sahaja. 

Dalam sudut fotografi pula, X50 datang dengan empat kamera di bahagian belakang, terdiri daripada kamera utama 64MP, kanta telefoto 12MP 2x yang berupaya untuk zum hibrid sejauh 5x dan 20x, kanta ultra-lebar 8MP yang mempunyai pandangan seluas 119° dan kanta ultra-makro 2MP. Kamera hadapan juga tidak kurang hebatnya, dengan kanta lebar utama 16MP f/2.0 dan kanta ultra-lebar 8MP 105°. 

Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi tempatan dan antarabangsa.