Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Watch akan datang bakal dilengkapi pengesanan apnea tidur

Samsung telah menerima kelulusan FDA (Food and Drug Administration) untuk memperkenalkan ciri pengesanan apnea tidur bagi pengguna Galaxy Watch dan secara tidak langsung menjadikannya pembuat jam pintar pertama yang mendapat kelulusan sedemikian.

Apnea tidur adalah keadaan kronik yang menghalang seseorang daripada bernafas semasa tidur. Ini boleh menyebabkan kualiti tidur berkurangan dan peningkatan risiko masalah kesihatan yang serius seperti penyakit jantung.

Sebagai contoh, jam tangan boleh mengesan dengan tepat perubahan dalam tahap oksigen darah dan kadar denyutan jantung. Pengguna perlu memakai jam tangan semasa tidur sekurang-kurangnya dua malam dalam tempoh masa sepuluh hari bagi mengumpul data yang mencukupi untuk analisis.

Kemudian anda boleh melihat hasilnya pada aplikasi Samsung Health Monitor. Apple juga dikatakan sedang mengusahakan ciri pengesan apnea tidur untuk jam tangan pintarnya. Ciri apnea tidur mungkin akan tersedia pada model yang lebih baharu seperti siri Galaxy Watch 5 dan 6.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung

Exit mobile version