Samsung hari ini memperkenalkan fungsi AI baharu melalui kemas kini pada Gemini Live yang membenarkan anda membuat perbualan visual dalam masa nyata (real-time). Fungsi ini akan ditawarkan kepada para pengguna peranti Samsung Galaxy, bermula dengan siri Galaxy S25 pada 7 April 2025.
Dengan fungsi baharu ini, pengguna boleh berbual dengan Gemini Live secara lebih natural untuk mudahkan tugasan harian. Anda hanya perlu tekan lama (hold) butang sisi untuk benarkan Gemini Live mengakses kamera dan lihat apa yang anda sedang lihat sambil berbual dengannya.
Antara contoh situasi yang diberi oleh Samsung adalah membantu anda pilih baju apa yang sesuai untuk situasi berlainan. Dengan menghalakan kamera telefon kepada pakaian anda, ia boleh menyediakan cadangan gaya atau mengkategorikannya.
Anda juga boleh berkongsi skrin dengan Gemini Live sewaktu membeli-belah dalam internet untuk dapatkan nasihat gaya pakaian. Secara asasnya, ia menjadikan peranti Galaxy seperti rakan yang beri nasihat dalam pelbagai situasi.
Kemas kini ini akan diber secara percuma kepada peranti Galaxy terpilih. Jika anda berminat untuk beli siri Galaxy S25, jangan lupa untuk baca dulu ulasan kami untuk Samsung Galaxy S25 dan Samsung Galaxy S25 Ultra.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fungsi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Samsung

