Site icon TechNave BM

Samsung dijangka bakal lancarkan Galaxy S23 FE tidak lama lagi

Samsung mengadakan acara Unpacked di Korea Selatan baru-baru ini dengan melancarkan pelbagai peranti seperti telefon skrin lipat baharu, tablet dan jam tangan pintar. Samsung mengatakan bahawa mereka akan melancarkan lebih banyak produk baharu sebelum akhir tahun ini. 

Salah satu produk tersebut ialah telefon Galaxy S23 FE iaitu telefon edisi khas yang dilancarkan oleh Samsung untuk peminat. Samsung kini telah mendedahkan bahawa telefon baharu itu mungkin akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Apabila ditanya mengenai “terdapat jurang saiz FE antara Galaxy A54 5G dan Galaxy S23”, Justin Hume, naib presiden bahagian mudah alih Samsung Afrika Selatan berkata bahawa mereka akan mengeluarkan produk baharu.

Beliau tidak menyebut nama khusus untuk telefon itu tetapi sumber sebelum ini mengesahkan bahawa telefon FE seterusnya akan dipanggil Galaxy S23 FE. Khabar angin sebelum ini menunjukkan bahawa reka bentuknya akan serupa dengan Galaxy S23 dan S23+ serta mungkin juga berkongsi beberapa spesifikasi dengan mereka. 

Walau bagaimanapun, tidak seperti siri Galaxy S22 yang menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 di hampir semua pasaran, Galaxy S23 FE berkemungkinan hanya menggunakan cip Qualcomm di pasaran AS dan China manakala pasaran lain akan menggunakan cip Exynos 2200.

Selain Galaxy S23 FE, Samsung juga sedang membangunkan dua tablet versi FE siri Galaxy Tab S9 tetapi tidak jelas bila tablet ini akan dikeluarkan secara rasmi dan sama ada ia akan dikeluarkan pada masa yang sama dengan Galaxy S23 FE.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: ITHome

Exit mobile version