Selepas seminggu guna OPPO Reno5 5G, ‘Underrated’?

Baru-baru ini, OPPO telah melancarkan telefon kelas pertengahan premium terbaru mereka iaitu siri OPPO Reno5 5G. Siri telefon ini ditawarkan dengan dua varian, Reno5 5G dan Reno5 Pro 5G. Perbezaan versi biasa dengan versi Pro adalah pada skrin dan cipset yang digunakan.

OPPO Reno5 5G ini hadir dengan ciri menarik seperti pengecasan pantas 65W, skrin AMOLED 90Hz dan pelbagai ciri kamera yang istimewa. Dengan tanda harga serendah RM1,899 untuk versi biasa dan RM2,599 untuk versi Pro, adakah ianya berbaloi untuk dibeli?

Tonton video ini untuk butiran lanjut mengenai pengalaman kami menggunakan peranti ini dan ikuti kami di YouTube untuk video teknologi terkini.