Site icon TechNave BM

Sony Alpha 1 dilancar: Kamera ‘mirrorless’ dengan sensor 50MP dan video 8K, berharga ~RM26,289

Terbaru, Sony telah melancarkan kamera andalan siri Alpha mereka, Sony Alpha 1. Sony Alpha 1 ini telah menggabungkan ciri terbaik dari kamera mirrorless mereka yang lain : A7R, A7S dan A9. Kamera terbaru Sony ini dilihat akan menjadi kamera gambar dan video terbaik yang mereka tawarkan pada masa ini.

Berikut adalah spesifikasi Sony Alpha 1:

Kepanasan adalah masalah utama apabila kamera menjadi lebih kecil dan hasilkan resolusi yang lebih tinggi. Namun, Sony menyatakan Alpha 1 boleh merakam 8K selama 30 minit kerana ia menggunakan struktur pelesapan haba baru, sama seperti Sony A7S III.

Tambahan lagi, Sony Alpha 1 ini dilengkapi dengan warna sains dari kamera pawagam lebih mahal seperti FX6, FX9 dan VENICE. Ia juga menyokong profil warna S-Cinetone, yang pertama untuk kamera Alpha, S-Gamut3 dan S-Gamut3.Cine.

Sony Alpha 1 bakal dijual pada tanda harga $6,500 (~RM26,289) dan akan masuki pasaran pada bulan Mac 2021 ini. Peranti ini dalah pesaing utama untuk Canon EOS R5 walaupun R5 hadir dengan masalah kepanasan.

Adakah anda inginkan kamera terbaik dari siri Sony Alpha ini? Ikuti kami di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version