More

    Sony Alpha 1 dilancar: Kamera ‘mirrorless’ dengan sensor 50MP dan video 8K, berharga ~RM26,289

    Terbaru, Sony telah melancarkan kamera andalan siri Alpha mereka, Sony Alpha 1. Sony Alpha 1 ini telah menggabungkan ciri terbaik dari kamera mirrorless mereka yang lain : A7R, A7S dan A9. Kamera terbaru Sony ini dilihat akan menjadi kamera gambar dan video terbaik yang mereka tawarkan pada masa ini.

    Berikut adalah spesifikasi Sony Alpha 1:

    • Sensor 50.1MP Full frame Exmor RS CMOS + BIONZ XR
    • Julat dinamik 15+ stops, ISO 100-32,000
    • Gambar 199MP dengan mod Pixel Shift Multi Shooting
    • Gambar kualiti penuh RAW 30fps dengan buffer 155 C-RAW atau 165 JPEG
    • 120 AF/AE dengan kadar respons AE 0.033 saat
    • Pemidang tilik (viewfinder) elektronik: 9.44 juta dot, 0.64 inci Quad-XGA OLED dengan kadar segar semula 240Hz
    • 0.90x pembesaran pemidang tilik, 41° diagonal FOV, 25mm high eyepoint
    • Paparan utama sentuh 3 inci 1.44 juta dot LCD dengan reka bentuk memiring
    • 759 phase detection point AF + real-time AF untuk manusia dan binatang (termasuk burung) – gambar dan video
    • Video 8K 30p 10-bit 4:2:0 dalam XAVC HS Long-GOP
    • Video 4K 60/120p 10-bit 4:2:2 dalam Long-GOP dan All-Intra
    • Full HDMI 16-bit RAW ke perakam luar
    • Penstabilan imej – 5.5 step shutter speed
    • Penyambungan Gigabit Ethernet, dual-channel 2×2 MIMO 802.11ac Wi-Fi, USB-C
    • Slot dua kad UHS-I dan UHS-II SDXC/SDHC
    • Menyokong grip bateri VG-C4EM

    Kepanasan adalah masalah utama apabila kamera menjadi lebih kecil dan hasilkan resolusi yang lebih tinggi. Namun, Sony menyatakan Alpha 1 boleh merakam 8K selama 30 minit kerana ia menggunakan struktur pelesapan haba baru, sama seperti Sony A7S III.

    Tambahan lagi, Sony Alpha 1 ini dilengkapi dengan warna sains dari kamera pawagam lebih mahal seperti FX6, FX9 dan VENICE. Ia juga menyokong profil warna S-Cinetone, yang pertama untuk kamera Alpha, S-Gamut3 dan S-Gamut3.Cine.

    Sony Alpha 1 bakal dijual pada tanda harga $6,500 (~RM26,289) dan akan masuki pasaran pada bulan Mac 2021 ini. Peranti ini dalah pesaing utama untuk Canon EOS R5 walaupun R5 hadir dengan masalah kepanasan.

    Adakah anda inginkan kamera terbaik dari siri Sony Alpha ini? Ikuti kami di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    NaviX Ultra: Cubaan kedua Nubia buat telefon AI

    Nubia secara rasmi melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu Nubia NaviX Ultra dalam pasaran China. Peranti ini dipasarkan sebagai telefon berasaskan ejen AI...

    Xiaomi 18 Pro disahkan hadir dengan aplikasi AI sendiri pada skrin belakang

    Xiaomi mengesahkan siri Xiaomi 18 Pro hadir dengan paparan skrin belakang dipanggil Versatile Back Screen yang menyokong pemprosesan aplikasi jana AI. Ciri...

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured