Site icon TechNave BM

Spesifikasi Nokia 5.4 tertiris, mungkin dilengkapi skrin 6.4 inci dan dilancar pada bulan Disember

Menurut Nokia Power User, Nokia akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan yang seterusnya iaitu Nokia 5.4 sebelum tahun 2020 berakhir. Selain itu, mereka turut memberikan beberapa spesifikasi awal untuk telefon tersebut.

Nokia 5.4 mungkin akan dilengkapi skrin berukuran 6.4 inci, manakala varian memorinya pula mungkin adalah 4GB+128GB dan 4GB+64GB. Daripada segi kamera, sumber mengatakan ia mempunyai empat kamera di belakang mirip Nokia 5.3.

Ia mungkin akan dilancar bersama Nokia 7.3 5G pada bulan Disember. Perlu diingati bahawa ini bukanlah maklumat rasmi daripada Nokia, jadi maklumat ini mungkin akan berubah apabila pelancaran telefon tersebut semakin hampir.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Nokia 5.4 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Nokia Power User

Exit mobile version