More

    Nokia 7.3 bakal hadir dengan Snapdragon 690 5G dan kamera utama 48MP

    Beberapa hari yang lepas, Nokia telah melancarkan telefon 5G terbaru mereka iaitu Nokia 8.3 5G selepas hampir 6 bulan tertangguh. Kini, sumber terbaru menunjukkan sebuah lagi telefon Nokia, Nokia 7.3 telah tertiris dengan spesifikasi yang agak menarik.

    Reka bentuk Nokia 7.3 ini dilihat hampir sama dengan Nokia 8.3 dengan reka bentuk kamera bulat pada bahagian belakang. Ia juga dijangka akan menggunakan cipset Snapdragon 690 5G yang baru dilancarkan oleh Qualcomm.

    Tambahan lagi, peranti ini akan hadir dengan skrin FullHD+ bersaiz 6.5 inci dengan kamera swafoto berlubang (punch hole) 24MP pada bahagian atas kiri. Pada bahagian belakang pula, ia akan hadir dengan 4 kamera dengan kamera utama 48MP.

    Nokia 7.3 ini bakal hadir dengan bateri 4,000mAh dengan pengecasan pantas 18W. Ia juga masih mengekalkan bicu audio 3.5mm kegemaran ramai.

    Walau bagaimanapun, harga dan tarikh pelancaran telefon ini masih belum diketahui lagi. Ia mungkin akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

    Nantikan berita lanjut mengenai telefon ini di Facebook kami dan terus kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Android Authority

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured