Site icon TechNave BM

Sumber dedah RAM pada semua model iPhone 12 adalah bermula 4GB sehingga 6GB

Apple ialah sebuah jenama yang sering tidak memaparkan dengan jelas beberapa spesifikasi apabila perantinya dilancarkan. Namun, ujian penanda aras seperti Geekbench, keluaran beta Xcode 2.1 dari siaran @hirakujira mendedahkan RAM pada siri iPhone 12.

Melalui Geekbench, iPhone 12 Pro dilihat melalui ujian penanda aras tersebut dan memperlihatkan saiz RAM 6GB. Sumber yang lain turut memperlihatkan saiz RAM yang sama iaitu 6GB pada iPhone 12 Pro. Berbeza dengan iPhone 12, ia memperlihatkan saiz RAM 4GB.

Melalui keluaran beta Xcode 2.1 pula, ia mencadangkan bahawa iPhone 12 mini dan iPhone 12 hadir dengan RAM 4GB. iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max pula dengan RAM 6GB, sama seperti yang diperlihatkan pada Geekbench. @hirakujira memuat naik maklumat dan penggunaan ujian Xcode 2.1 yang sama.

Jika hal ini benar, saiz RAM iPhone 12 tidak berubah berbanding dengan saiz RAM iPhone 11. Namun, maklumat ini bukan maklumat rasmi dan masih berstatus spekulasi sahaja. Mungkin selepas ini, kita boleh menunggu ura-ura mengenai kapasiti baterinya pula.

Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Anda boleh menyemak berita lepas iPhone 12 termasuklah mengenai pelancaran, harga dan perbezaan di antara iPhone 12 dan iPhone 11.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version