More

    Perbezaan utama iPhone 12 dengan iPhone 11 yang anda perlu tahu, daripada skrin hinggalah kamera

    Apple telah melancarkan siri telefon pintar iPhone 12 pada malam tadi yang menampilkan pelbagai spesifikasi yang lebih canggih daripada model tahun lepas, iPhone 11. Dalam artikel ini, kami akan senaraikan semua spesifikasi yang telah dinaik taraf daripada iPhone tahun lepas.

    Saiz skrin

    Secara amnya, iPhone 12 menampilkan saiz skrin yang lebih besar berbanding iPhone 11. Berikut adalah perbandingan saiz iPhone 12 dengan iPhone 11 menurut varian masing-masing:

    • iPhone 12 berukuran 6.1 inci, sama dengan iPhone 11
    • iPhone 12 Pro berukuran 6.1 inci, manakala iPhone 11 Pro berukuran 5.8 inci
    • iPhone 12 Pro Max berukuran 6.7 inci, manakala iPhone 11 Pro Max berukuran 6.5 inci

    Perlu juga diketahui bahawa Apple telah memperkenalkan iPhone 12 mini yang berukuran 5.4 inci, menjadikannya telefon terkecil dalam siri iPhone 12 ini. Daripada segi kadar segar semula, kedua-dua iPhone 11 dan iPhone 12 mempunyai kadar yang sama iaitu 60Hz.

    Sokongan rangkaian 5G

    Pengenalan 5G dalam iPhone 12 adalah perkara pertama yang diutarakan oleh Tim Cook dalam acara Apple semalam. Kini pengguna iPhone 12 boleh memanfaatkan kelajuan internet yang laju melalui 5G, selagi pengguna berada dalam kawasan yang mempunyainya.

    Apa yang menarik tentang pelaksanaan 5G dalam iPhone 12 adalah telefon itu akan mematikan fungsi 5G sebaik sahaja rangkaian 5G tidak dikesan dan akan mengubah ke signal LTE demi menjimatkan bateri.

    Cipset A14 Bionic

    Apple mengatakan cipset baru ini memberikan prestasi CPU yang lebih pantas sebanyak 50%, manakal GPU empat teras pula memberikan prestasi ‘mirip konsol’. Ia juga merupakan cipset pertama yang dibina dengan teknologi pemprosesan 5nm.

    Sebelum ini, A14 Bionic telah pun diperkenalkan dalam iPad Air yang dilancarkan pada bulan September.

    Kamera

    iPhone memang sinonim dengan kualiti gambar yang cantik dan iPhone 12 juga tiada bezanya. Daripada segi luaran, kedua-dua telefon mempunyai rupa kamera yang sama.

    "
    "

    Fungsi Deep Fusion yang diperkenalkan dalam iPhone 11 sebelum ini, kini boleh digunakan untuk kamera utama dan kamera ultra-lebar dalam iPhone 12. Sebelum ini, fungsi Deep Fusion hanya boleh digunakan pada kamera utama.

    iPhone 12 Pro Max memperoleh naik taraf yang agak besar, seperti kamera telefoto dengan jarak fokal 65mm iaitu lebih jauh daripada 52mm dalam iPhone 12 Pro. Ini membuatkan zum optikal dalam iPhone 12 Pro Max lebih tinggi daripada iPhone 11 Pro Max, di mana iPhone 12 Pro Max boleh zum sejauh 2.5x berbanding 2x dalam iPhone 11 Pro Max.

    iPhone 12 Pro Max juga mempunyai sensor kamera yang lebih besar sebanyak 47% berbanding iPhone 12 Pro. Ini membuatkan prestasi penggambaran malap dalam telefon ini lebih baik kerana lebih banyak cahaya boleh masuk ke dalam sensor.

    Mungkin penambahbaikan yang paling ketara adalah pada teknologi penstabilan sensor kamera Sensor-shift dalam iPhone 12. Teknologi ini mengesan sebarang gerakan atau getaran kecil dan mengubah sedikit kedudukan sensor kamera bagi mengurangkan efek getaran pada gambar.

    Ini adalah berlawanan dengan penstabilan lensa dalam kebanyakan kamera besar, di mana penstabilan dilakukan pada lensa dan bukannya sensor. Memandangkan sensor adalah lebih kecil berbanding lensa, teknologi penstabilan sensor lebih sesuai digunakan dalam telefon pintar.

    Apple turut memperkenalkan Apple ProRAW iaitu fungsi yang membenarkan pengguna untuk mengambil gambar dengan format RAW melalui iPhone 12. Format RAW merupakan sesuatu yang amat digemari oleh ahli fotografi profesional kerana format ini menyimpan lebih banyak data yang boleh disunting untuk menghasilkan gambar yang lebih cantik.

    Selain itu, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max juga boleh merakam dengan Dolby Vision HDR dalam 4K 60fps, menjadikannya telefon pintar pertama dengan teknologi pemprosesan tersebut. Sebelum ini, Dolby Vision HDR merupakan teknologi yang hanya dilengkapi oleh kamera mahal.

    iPhone 12 Pro dan Pro Max turut dilengkapi sensor LiDAR (Light Detection and Ranging) iaitu sensor yang boleh mengesan kedalaman (depth) dengan membaca kelajuan tindak balas laser. Sensor ini boleh menghasilkan efek kabur yang lebih cantik dalam Portrait Mode dan juga membantu sistem autofokus dalam situasi malap.

    Untuk maklumat penuh berkenaan siri iPhone 12, jangan lupa untuk baca artikel pelancarannya. Ini adalah perbezaan utama di antara iPhone 11 dan iPhone 12. Kongsi pendapat anda tentang kedua-dua telefon ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured