Site icon TechNave BM

Tecno Phantom V Flip akan dilancar pada 22 September 2023

Pada bulan Februari lalu, Tecno telah melancarkan telefon pintarnya yang pertama iaitu Tecno Phantom V Fold, kemudian dilancar untuk pasaran Malaysia pada bulan Mei. Kini, syarikat teknologi China itu akan melancarkan telefon lipatnya yang kedua iaitu Tecno Phantom V Flip pada 22 September 2023 di Singapura.

Tecno masih belum berkongsi sebarang maklumat mengenai peranti tersebut, namun ia menunjukkan sebuah illustrasi yang melambangkan sebuah telefon lipat berbentuk kerang (clamshell) seperti Samsung Galaxy Z Flip5 dan OPPO Find N2 Flip.

Pada minggu lalu, beberapa gambar untuk reka bentuknya telah tertiris, menunjukkan skrin luaran yang berbentuk bulat, dua kamera di belakang serta corak garisan melintang. Jika gambar ini benar, ia bakal membuatkan Phantom V Flip sebagai telefon lipat pertama yang mempunyai skrin luaran berbentuk bulat.

Spesifikasi yang dikhabarkan untuk Phantom V Flip termasuklah skrin utama 6.9 inci, cipset MediaTek Dimensity 1300, RAM 8GB dan sistem operasi Android 13.

Selain melancarkan telefon lipat ini, Tecno akan turut melancarkan komputer riba MegaBook T1 14″ 2023 pada hari yang sama. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version