Teknologi magnet yang pertama untuk telefon Android – realme MagDart

Dalam video kali ini, kami mengulas mengenai teknologi magnet yang pertama untuk telefon pintar Android. Ia hadir dengan nama ‘MagDart’ dan diperkenalkan oleh syarikat realme.

realme MagDart ini hadir dengan beberapa aksesori menarik termasuklah pengecas 50W, ‘powerbank’ dan macam-macam lagi. Semua aksesori ini hanya boleh digunakan bersama telefon pintar realme Flash.

Adakah teknologi ini seronok untuk digunakan? Mari tonton video ini. Ikuti kami di YouTube dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.