More

    ASUS ROG Phone 5S mungkin dilengkapi skrin 90Hz dan RAM tambahan

    Beberapa hari lalu, terdapat khabar mengatakan ASUS bakal melancarkan varian terbaru dalam siri telefon gaming ROG Phone 5 iaitu ASUS ROG Phone 5S, di mana penambahbaikan yang paling ketara dalam varian ini adalah cipset Snapdragon 888 Plus 5G yang baru dilancar pada bulan Jun 2021.

    Kini terdapat sumber mengatakan ada beberapa lagi naik taraf yang akan diperkenalkan dalam ROG Phone 5S di samping cipset tersebut, salah satunya skrin ROG Phone 5S yang bakal menawarkan pilihan kadar segar semula 90Hz. Setakat ini, ROG Phone 5 hanya menawarkan pilihan kadar skrin 60Hz, 120Hz dan 144Hz. Fungsi baru ini mungkin agak berguna buat mereka yang inginkan kadar skrin tinggi namun masih ingin menjimatkan bateri.

    Selain itu, ROG Phone 5S bakal dilengkapi RAM tambahan maya (virtual RAM) sehingga 6GB. Teknologi ini menggunakan sebahagian daripada storan dalaman untuk dijadikan RAM dan semakin banyak telefon telah dilengkapi teknologi ini pada tahun 2021.

    Laporan sebelum ini mengatakan ROG Phone 5S akan ditawarkan dengan RAM 16GB atau 18GB. Jika ditambahkan dengan RAM tambahan 6GB, jumlah tersebut mungkin akan dinaikkan sehingga 24GB. Satu juga kemungkinan adalah RAM yang dikhabarkan itu mungkin telah digabungkan dengan RAM tambahan, jadi RAM sebenar hanyalah 10GB dan 12GB.

    Setakat ini masih tiada pengesahan daripada ASUS tentang produk ini. Ia dikhabarkan akan dilancar pada 16 Ogos. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured